URUS niaga Pasaran Utama dan Pasaran ACE Bursa Malaysia yang memulakan aktiviti dagangannya secara rasmi semalam, dilihat sebagai langkah terbaik dalam meningkatkan lagi kecekapan dan daya saing pasaran modal Malaysia untuk jangka panjang.
Ia berikutan Bursa Malaysia kini berupaya menawarkan kemudahan akses yang cekap kepada modal dan pelaburan, sekali gus menjadikan ia satu platform lebih menarik bagi syarikat Malaysia dan asing.
Ketua Eksekutif dan Pengarah Maybank Investment Bank Bhd, Mohammed Rashdan Mohd Yusof, berkata langkah penggabungan itu akan menggalakkan lebih banyak syarikat akan disenaraikan di Bursa Malaysia.
Katanya, ia turut membantu menggalakkan lebih banyak syarikat asing dan baru muncul memasuki pasaran saham tempatan bagi menjana dana, khususnya di Pasaran ACE. Beliau berkata, ini berikutan tidak lagi keperluan bagi rekod operasi minimum atau keperluan rekod keuntungan dalam pasaran alternatif untuk tersenarai di pasaran berkenaan.
“Pada masa sama, ia mengurangkan bilangan syarikat tempatan yang sebelum ini lebih cenderung menyenaraikan saham mereka di bursa luar negara,” katanya.
Justeru, Mohammed Rashdan berkata, Maybank Investment Bank berharap lebih banyak aktiviti bakal berlaku hasil penggabungan pasaran itu, khususnya di Pasaran ACE.
"Sebagai contoh, menerusi Pasaran ACE, ia membolehkan syarikat ‘lebih inovatif’ dan ‘berasaskan pengetahuan’ mendapat akses ke pasaran, sekali gus menghasilkan lebih banyak aktiviti dalam bidang ini,” katanya. Pemangku Ketua Penganalisis ECM Libra Group, Ching Weng Jin, bagaimanapun berpendapat, urus niaga papan baru itu akan mengambil sedikit masa sebelum pelabur dapat membuat penyesuaian dalam urus niaga dagangan mereka.
Katanya, setakat ini sambutan pelabur, khususnya di kalangan institusi antarabangsa ke atas papan integrasi baru itu masih perlahan berikutan kekurangan kecairan serta faktor utama pemangkin pasaran.
“Seperti yang kita ketahui, sebelum ini mereka (pelabur luar) lebih tertarik dengan Papan Utama berbanding Papan Kedua memandangkan syarikat di Papan Utama lebih mempunyai kecairan berbanding di Papan Kedua. “Bagaimanapun, semua ini (reaksi pelabur terhadap operasi Pasaran Utama dan ACE) bergantung kepada laporan positif keputusan kewangan
syarikat tersenarai serta beberapa pemangkin pasaran lain.
Ini sudah semestinya akan mengambil masa sebelum pelabur dapat menerima integrasi ini dengan mudah,” jelasnya. Operasi urus niaga Papan Kedua dan Papan Utama Bursa Malaysia digabungkan ke dalam dalam satu papan urus niaga tunggal dikenali Pasaran Utama, manakala Pasaran Mesdaq ditukar nama kepada Pasaran ACE.
Berikutan perubahan itu, Indeks Papan Kedua FTSE Bursa Malaysia (FBM) kini ditamatkan, manakala Indeks FBM Mesdaq dinamakan semula Indeks FBM ACE. Indeks FBM ACE, diperkenalkan untuk kali pertama semalam, menutup sesi dagangannya pada 4,266.96, meningkat 8.25 mata meskipun prestasi asas pasaran Indeks Komposit FBM rendah yang ditutup 3.59 mata lebih rendah pada 1,171.31.
August 4, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com