August 4, 2009

Ar-Rahnu X’Change catat pinjaman bulanan RM14.09j

AR-RAHNU X’Change, cawangan pajak gadai Islam milik Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat), merekodkan purata pengeluaran pinjaman kira-kira RM14.09 juta sebulan bagi produk pajak gadai Islam sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Daripada jumlah itu, purata RM11.9 juta sebulan dikeluarkan oleh tujuh cawangan Ar-Rahnu X’Change milik bank itu dengan jumlah terkumpul dari Januari hingga Jun lalu sebanyak RM83.4 juta. Selebihnya, iaitu purata RM2.19 juta sebulan atau RM15.35 juta dikeluarkan tujuh koperasi yang dilantik Bank Rakyat sebagai francaisi Ar-Rahnu X’Change di seluruh negara.

Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat, berkata koperasi francaisi merekodkan purata pengeluaran pinjaman kira-kira RM300,000 sebulan manakala RM1 juta sebulan bagi cawangan Ar-Rahnu X’Change milik Bank Rakyat.

Katanya, keseluruhan pengeluaran pinjaman bagi produk Ar-Rahnu Bank Rakyat, termasuk yang dicatatkan di 120 cawangan bank itu di seluruh negara, mencecah RM631 juta dari Januari hingga Jun lalu. “Baki pinjaman produk itu di semua cawangan Bank Rakyat dan tujuh cawangan Ar-Rahnu X’Change milik Bank Rakyat setakat Jun lalu pula ialah RM892 juta, manakala kira-kira RM17 juta bagi cawangan Ar-Rahnu X’Change milik koperasi francaisi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian perniagaan francais Ar-Rahnu X’Change antara Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (Kopeks) dan anak syarikat Bank Rakyat, Rakyat Management Services Sdn Bhd (RMS) di Kota Kinabalu, semalam. Hadir sama Pengerusi Kopeks yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Maznah Abdul Ghani; Pengurus Besar Kopeks, Buvil Angkui dan Pengurus Besar RMS, Che Abdul Nasir Che Mustaffa.

Kopeks ialah koperasi ke-11 dilantik oleh Bank Rakyat sebagai francaisi Ar-Rahnu X’Change di seluruh negara dan pertama di Sabah menjalankan urus niaga pajak gadai Islam Ar-Rahnu. Koperasi lain yang menjadi francaisi produk itu ketika ini ialah Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd (Selangor), Koperasi Al-Raudhah Terengganu Bhd (Terengganu), Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Bhd (Selangor) dan Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Bhd (Kuala Lumpur).

Turut menjadi francaisi ialah Koperasi Jabatan Kesihatan Kedah Bhd (Kedah), Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Bhd (Selangor) dan Koperasi Pekerja-Pekerja Jabatan Perdana Menteri (M) Bhd (Selangor).

Tiga lagi koperasi yang sudah memeterai perjanjian francais tetapi belum beroperasi ialah Koperasi Guru-Guru Malaysia Barat Bhd, Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Bhd dan Koperasi Hidayah Malaysia Bhd. Kamaruzaman berkata, sambutan yang menggalakkan terhadap produk Ar-Rahnu menjadikannya antara portfolio perniagaan
Bank Rakyat yang memberi sumbangan ketara kepada prestasi kewangan bank berkenaan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers