UMW Toyota Motor Sdn Bhd semalam melancarkan Toyota Prius, kereta hibrid paling popular di dunia, sekali gus melambangkan komitmen Toyota dalam menggunakan teknologi untuk menjaga dan meminimumkan kesan terhadap alam sekitar.
Presidennya, Kuah Kock Heng, berkata model terbabit yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun adalah generasi ketiga Toyota Prius. Katanya, kenderaan itu kali pertama dilancarkan di Amerika Syarikat dan baru-baru ini di Jepun dan Australia.
Beliau berkata, sejak pelancarannya, model terbabit menerima sambutan menggalakkan dan di Jepun saja, walaupun keadaan ekonomi tidak memberangsangkan, Toyota Prius adalah kereta paling laris dengan lebih 31,000 unit dijual dan lebih 180,000 unit ditempah.
“UMW Toyota mensasarkan untuk menjual 400 unit Toyota Prius di Malaysia menjelang akhir tahun depan manakala tahun ini kami mensasarkan untuk menjual 100 unit,” katanya pada prebiu Toyota Prius kepada pihak media di Subang Jaya, Selangor, semalam. Hadir sama Pengerusi UMW Toyota, Tan Sri Asmat Kamaluddin; Timbalan Pengerusi UMW Toyota, Takashi Hibi; dan Ketua Jurutera Toyota Prius baru, Toyota Motor Corporation, Akihiko Otsuka.
Toyota Prius baru itu menampilkan enjin yang 90 peratus diperbaharui dan ditingkatkan berbanding generasi sebelumnya. Ia menggunakan enjin petrol 1.8 liter, empat silinder dengan 98 kuasa kuda. Sistem Hibrid Toyota menggabungkan enjin petrol dan motor elektrik yang tidak memerlukan kuasa baterinya dicas dan Toyota Prius dibekalkan dengan tiga mod pemanduan iaitu kuasa, ekonomi dan elektrik.
Ia ditawarkan pada harga RM175,000 di Semenanjung termasuk insurans bagi pendaftaran persendirian. UMW Toyota akan mula mengambil tempahan untuk model terbabit Jumaat ini, iaitu serentak dengan pengenalan model terbabit untuk umum di semua cawangannya di seluruh negara.
Kuah menambah, Toyota Prius membuktikan teknologi hibrid berdaya maju, tahan dan satu daripada cara terbaik memulihara alam sekitar. Pada masa sama ia memaksimumkan sumber alam. Katanya, teknologi hibrid kini adalah pilihan arus perdana serta diterima pakai pembuat kereta dan pihaknya juga melatih serta melengkapkan kakitangannya dengan pengetahuan mengenai kenderaan hibrid.
August 4, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com