AMANAH Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) yang ditawarkan Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerusi anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) akan dibuka untuk langganan umum mulai esok. AS 1Malaysia adalah dana berharga tetap RM1 seunit yang disasarkan kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, boleh dilang- gan dengan jumlah pelaburan minimum 100 unit dan jumlah pelaburan tambahan minimum serendah satu unit.
Dalam satu kenyataan semalam, PNB berkata, langganan dana baru itu boleh dibuat di Pejabat ASNB dan ejen di seluruh negara iaitu Maybank, Pos Malaysia, CIMB Bank dan RHB Bank. Urus niaga di Pejabat ASNB dan Pos Malaysia bermula jam 8 pagi hingga 4.15 petang, manakala urus niaga menerusi ejen ASNB pula bermula jam 9.15 pagi hingga antara jam 4 hingga 4.30 petang, bergantung kepada urus niaga bank berkenaan.
Pelaburan ke dalam AS 1Malaysia boleh dibuat secara tunai, bank draf serta cek bank atas nama pelabur sendiri atau ‘Amanah Saham Nasional Berhad’. Pelaburan melalui bank draf dan cek bank juga boleh dilakukan di Pejabat ASNB seluruh negara dan ejen.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Dato’ Hamad Kama Piah Che Othman, berkata memandangkan AS 1Malaysia adalah dana berharga tetap, ia mempunyai ciri seperti dana berharga tetap ASNB yang lain iaitu Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) dan Amanah Saham Malaysia (ASM) yang turut ditawarkan oleh PNB kepada seluruh rakyat Malaysia sebelum ini. Sebagai sebuah dana ekuiti pendapatan, katanya, AS 1Malaysia boleh melabur sehingga 90 peratus daripada nilai tabung di dalam pasaran ekuiti.
Beliau berkata, dalam suasana ekonomi dan pasaran yang sedang pulih ketika ini, pelaburan AS 1Malaysia ke dalam pasaran ekuiti dijangka mampu menjana pendapatan yang kompetitif kepada pelaburnya sekiranya ekonomi dan pasaran saham pulih sepenuhnya kelak.
August 4, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com