August 4, 2009

Ulasan Pasaran: Harga ditutup bercampur-campur

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur semalam disokong harapan kemelesetan ekonomi dunia akan berkurangan. Peniaga berkata saham perindustrian dan perladangan adalah yang paling menarik dengan keyakinan terus meningkat di pasaran serta jangkaan yang permintaan terbabit akan bertambah.

Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) bagaimanapun lega kepada 1,171.31, turun 3.59 mata selepas dibuka 0.56 mata lebih rendah pada 1,174.34 semalam.
Indeks Kewangan merosot 4.53 mata kepada 9,550.70, sementara Indeks Perladangan menokok 1.74 mata kepada 5,611.34 dan Indeks Perindustrian menambah 10.14 mata kepada 2,586.12.

Indeks FBM Emas susut 2.01 mata kepada 7,917.78, dan Indeks FBM Top 100 turun 7.59 mata kepada 7,698.46. Indeks FBM ACE yang diperkenalkan untuk pertama kalinya semalam, mengukuh 8.25 mata kepada 4,266.96. Pembentukan indeks ini ialah ekoran daripada transformasi Pasaran Mesdaq kepada pasaran alternatif untuk syarikat baru muncul untuk kesemua saiz dan sektor. Pasaran ini kini dikenali sebagai Pasaran ACE.

Selain itu, Papan Utama dan Kedua juga digabungkan menjadi papan gabungan bagi syarikat terkemuka dan kini dikenali sebagai Pasaran Utama. Saham untung mengatasi saham rugi dengan 319 berbalas 310 sementara 216 kaunter tidak berubah, 387 tidak diniagakan dan 58 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 795.195 juta saham bernilai RM1.224 bilion daripada 1.257 bilion saham bernilai RM1.947 bilion pada Jumaat. Peneraju dalam jumlah dagangan, KNM Group, Ramunia Holdings dan Jotech Holdings, masing-masing tidak berubah pada 87.5 sen, 60.5 sen dan sembilan sen.

Ia diikuti dengan Hexza Corp yang menambah 19 sen kepada 66 sen dan Ramunia Holdings-Waran yang naik setengah sen kepada 38 sen. Di kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby turun dua sen kepada RM8.23, Maybank menokok 18 sen kepada RM6.68, Bumiputra-Commerce berkurangan 14 sen kepada RM10.66, Tenaga Nasional merosot dua sen kepada RM8.13 dan IOI Corporation kekal pada RM4.90.

Peniaga berkata, KDNK suku kedua AS yang menunjukkan rentak penurunan yang sederhana dalam bidang utama; “menyediakan bukti jelas kepada komuniti global yang kemelesetan selama 19 bulan ini hampir tamat.” “Terdapatnya keyakinan kukuh yang permintaan daripada ekonomi Amerika akan mula bertukar positif pada separuh kedua tahun ini,” katanya.

Jumlah dagangan di papan yang baru diperkenalkan, Pasaran Utama berjumlah 690.531 juta saham bernilai RM1.203 bilion sementara Pasaran ACE, jumlah dagangannya ialah 74.924 juta saham bernilai RM12.937 juta. Waran merosot kepada 23.520 juta unit bernilai RM5.246 juta daripada 28.111 juta unit bernilai RM6.685 juta pada Jumaat.

Berdasarkan perbandingan sektor, produk pengguna menguasai 32.552 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 189.660 juta, pembinaan 48.456 juta, perkhidmatan/urus niaga 254.608 juta, teknologi 12.225 juta, infrastruktur 10.207 juta, kewangan 51.682 juta, perhotelan 1.468 juta, hartanah 73.365 juta, perladangan 14.535 juta, perlombongan 22,000, REIT 1.714 juta dan dana tertutup 33,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers