KUALA LUMPUR 2 Ogos - Peluang untuk ejen bumiputera menembusi pasaran insurans hayat dan berjaya, terbuka luas kerana masih banyak masyarakat Malaysia, terutama bumiputera, tidak memiliki polisi insurans tersebut.
Sehingga ini dianggarkan hanya 40 peratus rakyat Malaysia mempunyai perlindungan insurans hayat dan daripada jumlah itu, pemegang polisi di kalangan bumiputera kurang daripada 10 peratus, kata Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Md. Adnan Md. Zain pada Konvensyen Ejen Bumiputera di sini, hari ini.
Konvensyen tersebut dirasmikan oleh Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim.
"Ini merupakan satu cabaran utama untuk ejen-ejen insurans meningkatkan peratusan pemilikan polisi insurans hayat bagi penduduk bumiputera khususnya dan seluruh penduduk negara amnya," kata Md. Adnan.
Pada masa ini terdapat kira-kira 15,000 ejen insurans hayat bumiputera atau 20 peratus daripada 75,000 ejen insurans hayat yang berdaftar di negara ini.
Berdasarkan perangkaan latar belakang pendidikan, lebih daripada 40 peratus ejen bumiputera berkelulusan kolej dan universiti, katanya. - BERNAMA
August 3, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com