HSBC, bank terbesar Eropah, mengumumkan penurunan 57 peratus keuntungan bersih kepada AS$3.35 bilion (2.35 bilion euro) bagi separuh pertama tahun kewangan semasa, manakala hutang lapuknya melonjak kepada hampir AS$14 bilion.
Dalam pengumuman keputusan kewangan di London, semalam HSBC bagaimanapun berkata, ia berada pada kedudukan kukuh untuk mencatat pemulihan, namun tidak menafikan bahawa tinjauan ekonomi masa depan masih kabur. Dalam kajian, HSBC berkata keuntungan sebelum cukainya menjunam 51 peratus kepada AS$5.019 bilion, manakala pendapatan operasi bersih kumpulan turun 12 peratus kepada AS$34.741 bilion.
“Prestasi separuh pertama itu membuktikan keupayaan kami untuk menghasilkan keuntungan, menjana modal dan membuat pengagihan kepada pemegang saham menerusi kitaran perniagaan, walaupun berdepan persekitaran pasaran yang mencabar,” kata Pengerusi HSBC, Stephen Green.
“Keseluruhannya, kami berpuas hati dengan keputusan yang dicapai berbanding jangkaan yang dibuat awal tahun ini. “Dalam konteks yang lebih luas, ia juga mencerminkan prestasi kami yang cemerlang dalam perbankan dan pasaran perniagaan global.
Ia turut mencerminkan kemajuan yang diperoleh di Amerika Syarikat (AS), yang mana kami mengumumkan keputusan untuk menghentikan sebahagian besar daripada perniagaan pembiayaan pengguna pada Mac lalu. Menurut HSBC, perniagaan pemberian pinjaman pengguna di AS yang terjejas teruk akibat keruntuhan pasaran hutang kediaman subprima, mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak AS$2.9 bilion dalam tempoh separuh pertama.
Namun, Green berkata penurunan besar itu mampu pulih selari dengan usaha di peringkat antarabangsa untuk memperbaiki sistem kewangan global yang musnah. “Kedudukan operasi dalam sektor pembiayaan terus pulih kesan daripada dasar kerajaan dan bank pusat menerusi sistem kewangan.
Kemungkinan kami telah melepasi, atau hampir melepasi paras terendah daripada kitaran kemelesetan dalam pasaran kewangan.
“Namun, masa, bentuk dan skala pemulihan kepada ekonomi masih tidak dapat dipastikan. Kami akan terus berhati-hati selagi beberapa bahagian yang terjejas teruk tidak merebak,” katanya.
Green juga berkata, ketika HSBC mengelakkan diri daripada usaha menyelamat yang dilaksanakan Kerajaan Britain awal tahun ini, ia menjana £12.5 bilion (AS$18 bilion) menerusi jualan saham baru untuk meningkatkan kewangannya.
“Perolehan daripada terbitan hak itu meningkatkan kekukuhan modal kami, sekali gus membolehkan kami meneroka persekitaran ekonomi dan peraturan, membuat keputusan jangka panjang untuk menyokong jenama kami. “Ia juga membolehkan kami menjalin hubungan pelanggan selain berusaha untuk mengembangkan peluang secara konsisten dengan strategi yang telah dirangka,” katanya. - AFP
August 4, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com