August 3, 2009

UEM Land raih manfaat projek impak tinggi

ISKANDAR Malaysia yang terletak di Johor antara wilayah pembangunan ekonomi paling pesat membangun. Dilancarkan pada 4 November 2006, ia menarik kemasukan pelaburan asing berjumlah RM6.67 bilion. Jika dicampurkan dengan pelaburan tempatan, keseluruhannya wilayah itu telah menarik komitmen pelaburan RM42.6 bilion.

Konsep awal Iskandar Malaysia sebenarnya dibuat pada awal 1990-an apabila sebuah anak syarikat UEM Land Bhd diberikan kepercayaan melaksanakan cadangan pembangunan pertamanya iaitu Bandar Nusajaya tetapi ditangguhkan susulan Krisis Kewangan Asia pada 1997.

Bagaimanapun, pengambilalihan wilayah pembangunan itu oleh Khazanah Nasional Bhd pada 2005, memberi nafas baru dari segi kemasukan pelaburan dan pembangunan projek berimpak tinggi. Iskandar Malaysia yang dikawal selia Iskandar Investment Bhd (IIB), syarikat usaha sama Khazanah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd itu, terbahagi kepada lima zon pembangunan iaitu Pusat Bandar Johor Bahru, Nusajaya, Gerbang Pembangunan Barat, Gerbang Pembangunan Timur dan Senai-Skudai.

Pembangunan di Iskandar Malaysia berpusat di Nusajaya dengan lima projek mercu tanda iaitu Kota Iskandar, Puteri Harbor, Kluster Industri dan Logistik Selatan, Educity dan Medini Iskandar Malaysia.

Susulan itu, UEM Land yang dilantik pemaju utama hartanah kawasan itu dengan tanah seluas 5142.75 hektar, bakal meraih manfaat langsung daripada pelaksanaan pembangunannya. MIDF Amanah Investment Bank Bhd dalam laporan penyelidikannya baru-baru ini, berkata harga tanah di kawasan Nusajaya telah meningkat. Harga hartanah komersial dan industri masing-masing melonjak 50 peratus dan 16.7 peratus sejak syarikat UEM Land disenaraikan semula di Bursa Malaysia November tahun lalu.

Tarikan utama kemasukan pelabur asing ke kawasan itu adalah dasar pelaburan lebih liberal termasuk kelonggaran garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC), pengecualian cukai korporat bagi tempoh 10 tahun, fleksibiliti mendapatkan bahan mentah global tanpa sekatan dan boleh mengambil kepakaran luar tanpa had.

Bagaimanapun, UEM Land tidak terlepas daripada menerima kesan kegawatan ekonomi global. Tamparan awal diterimanya apabila sebuah syarikat Dubai, Damac Properties LLC menerusi anak syarikatnya, Damac Properties (Malaysia) Sdn Bhd membatalkan perjanjian jual beli (SPA) bernilai RM397 juta dengan UEM Land bagi pembelian tiga bidang tanah seluas kira-kira 18 hektar yang membentuk sebahagian Puteri Harbour, pembangunan pesisir sungai di Nusajaya.

Namun, UEM Land berkata, pembatalan SPA tidak memberi kesan besar kerana ia berupaya mencari pelabur lain yang berminat dengan kawasan pembangunan strategik itu. Pada awal Julai lalu, UEM Land berkata, syarikat itu sedang berunding dengan lima pelabur baru yang meninjau peluang pelaburan di Nusajaya.

Sementara itu, MIDF Amanah, berkata permintaan jualan hartanah kumpulan itu juga terjejas dalam jangka sederhana, namun tempahan hartanah kekal kukuh pada kadar 70 peratus. “Menurut UEM Land, ada kemungkinan jualan akan terjejas susulan kelembapan ekonomi, namun pengurusan syarikat itu masih yakin ia akan meningkat semula,” katanya.

Katanya, keyakinan itu disandarkan sasaran jualan kepada pembeli asing seperti rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, rakyat asing yang berniaga dan belajar di negara ini, pembeli asing yang ingin menjadi kediaman di kawasan itu sebagai tempat riadah hujung minggu serta pembeli yang membeli bagi tujuan pelaburan.

Pengurusan UEM Land menjangkakan pertumbuhan Nusajaya kembali meningkat tahun depan berikutan lebih banyak projek infrastruktur dan beberapa projek lain di Iskandar Malaysia yang hampir disiapkan. Ia termasuk projek lebuh raya pinggir laut yang menghubung kompleks kerajaan di kawasan itu serta pembinaan taman tema Legoland. MIDF Amanah, berkata meskipun cabaran dari segi jualan hartanah semakin meningkat sejak awal tahun ini, namun prospek jangka panjang syarikat itu kekal kukuh.

Susulan itu, MIDF Amanah memberi saranan beli ke atas UEM Land dengan harga sasaran RM2.30 sesaham iaitu 34 peratus lebih tinggi berbanding harga penutup Jumaat lalu iaitu RM1.72 sesaham.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers