AGROBANK mempelawa syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam bidang pertanian dan industri asas tani yang memerlukan modal, memohon pinjaman di bawah skim Kredit Mikro dengan dana RM300 juta yang disediakan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi.
Pemangku Pengarah Urusannya, Ahmad Said, berkata pinjaman tanpa penjamin dan cagaran di bawah skim itu, menawarkan pinjaman maksimum RM50,000 bagi kategori pengeluaran utama makanan, manakala kategori pemprosesan, pemasaran dan perniagaan sehingga RM20,000.
“Sejak dilancarkan Jun lalu, masih ada RM200 juta lagi untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan modal untuk projek berkaitan,” katanya kepada Bernama selepas majlis penyerahan wang zakat perniagaan Agrobank 2008 di Melaka, malam Jumaat lalu. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hadir pada majlis itu.
Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua, kerajaan memperuntukkan RM300 juta melalui Agrobank sebagai pinjaman kepada rakyat menceburi bidang pertanian dan industri asas tani. Ahmad berkata, peluang mendapatkan modal itu perlu direbut segera, terutama golongan belia dan pekerja yang diberhentikan majikan berikutan kegawatan ekonomi, untuk menceburi bidang baru.
“Jika mereka berminat untuk memelihara ayam, kambing dan lembu, menternak ikan dalam kolam atau bercucuk tanam tanaman kontan seperti pisang, jagung dan sebagainya, datang dapatkan pinjaman modal dari Agrobank,” katanya.
Beliau berkata, Agrobank menyediakan khidmat nasihat kepada mereka yang mahu mendapatkan pinjaman serta membuat pemantauan prestasi kemajuan projek yang dilaksanakan bagi memastikan mereka berjaya.
August 3, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com