EKONOMI Amerika Syarikat (AS) sudah menunjukkan tanda pemulihan daripada kegawatan teruk dan berpanjangan berdasarkan perangkaan terbaru diumumkan Jumaat yang menganggarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu hanya menguncup satu peratus pada suku kedua lalu, lebih rendah daripada jangkaan.
Anggaran Jabatan Perdagangan AS itu adalah lebih kukuh daripada jangkaan penganalisis persendirian, iaitu penguncupan 1.5 peratus. Laporan itu menunjukkan kemerosotan yang semakin reda dan menyediakan asas baru bahawa ekonomi terbesar dunia itu semakin pulih daripada kemelesetan yang bermula pada Disember 2007.
Laporan itu adalah satu lagi petunjuk bahawa kegawatan akan berakhir sedikit masa lagi, kata Augustine Faucher, ahli ekonomi Moody’s Economy.com. “Keadaan menunjukkan ekonomi sudah bersedia untuk melantun kembali pada suku semasa,” kata Scott Brown, Ketua Ahli Ekonomi Raymond James & Associates.
Angka terbaru itu tambahnya, menunjukkan petanda kestabilan dalam pelbagai bidang ekonomi, justeru keadaan terburuk tentunya sudah dialami.
Jennifer Lee di BMO Capital Markets juga melahirkan keyakinannya sambil menyatakan bahawa perangkaan itu adalah peningkatan terbesar ekonomi AS sejak 2000.
“Keputusan itu menyediakan landasan positif bagi angka KDNK pada suku ketiga, yang bermakna kemelesetan berkemungkinan akan berakhir dalam tempoh Julai hingga September ini,” kata Lee. Semakan semula Jabatan Perdagangan AS itu menunjukkan penurunan 6.4 peratus pada suku pertama, lebih teruk berbanding anggaran sebelumnya iaitu penurunan 5.5 peratus.
Pada suku keempat 2008, penurunan itu dikaji semula kepada 5.4 peratus daripada 6.3 peratus sebelumnya.
Kajian semula lain bagi 2008, menunjukkan pertumbuhan KDNK lebih rendah iaitu 0.4 peratus bagi seluruh tahun ini berbanding unjuran awal 1.1 peratus. Presiden AS Barack Obama, berkata perangkaan itu menunjukkan bahawa kegawatan ekonomi adalah lebih teruk daripada jangkaan ketika beliau mengambilalih pentadbiran negara itu dan keadaan ekonomi kini secara umumnya adalah lebih baik.
“Ini, dan beberapa langkah sukar lain, tetapi penting yang telah dilaksanakan dalam tempoh enam bulan lalu, telah membantu kita menghentikan kemelesetan,” katanya. Obama bagaimanapun berkata laporan pekerjaan bulanan yang akan diumumkan Jumaat ini ‘berkemungkinan masih menunjukkan jumlah kehilangan pekerjaan yang besar.
’ Kebanyakan penganalisis ekonomi persendirian dan kerajaan menjangkakan ekonomi AS akan kembali mencatat pertumbuhan pada separuh kedua tahun ini, meskipun ada sebilangan yang memberi amaran bahawa peningkatan kadar pengangguran akan menjejaskan pemulihan. Kadar pengangguran di AS meningkat 9.5 peratus Jun lalu, iaitu tertinggi dalam tempoh 26 tahun dan sebilangan penganalisis menjangkakan ia akan mencecah lebih 10 peratus.
Pada Jumaat lalu, Rumah Perwakilan AS bersetuju untuk menyuntik dana berjumlah AS$2 bilion menerusi program yang membolehkan pemilik kenderaan yang menggunakan bahan api tinggi kepada kenderaan yang lebih cekap. - AFP
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com