TELEKOM Malaysia Bhd (TM) menjangka segmen perniagaan pukal akan mengekalkan sumbangan sebanyak 10 peratus kepada pendapatannya tahun ini susulan peningkatan permintaan terhadap produk yang ditawarkan dalam segmen berkenaan.
Naib Presiden Eksekutif Bahagian Perniagaan Pukal TM, Rafaai Samsi, berkata produk pukal seperti akses jalur lebar internet dan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi, video serta televisyen protokol internet (IpTV) kini menyaksikan permintaan yang menggalakkan.
Katanya, pendapatan segmen pukal meningkat 8.7 peratus kepada RM212 juta pada suku pertama tahun ini, yang mewakili 10 peratus daripada keseluruhan pendapatan kumpulan.
“Ketika ini, kira-kira 60 syarikat daripada 300 syarikat telekomunikasi di negara ini menjadi pelanggan pukal TM dan menjangkakan lebih banyak syarikat akan menggunakan produk serta perkhidmatan kami,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penghargaan yang dianjurkan penyedia perkhidmatan rangkaian telekomunikasi, V Telecoms Bhd kepada TM di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Ketua Eksekutif V Telecoms, Dr James Chan.
Rafaai berkata, TM juga kini sedang berunding dengan syarikat pembekal perkhidmatan berpotensi termasuk V Telecoms untuk menjadi pelanggan pukal rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) yang dilancarkan sebelum ini. Setakat ini, TM sudah memeterai perjanjian bernilai RM250 juta selama lima tahun dengan Wi-Net Technology Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar.
Sementara itu, Chan berkata, pihaknya merancang menyenaraikan V Telecoms sama ada di Bursa Malaysia, Bursa Saham London atau Bursa Saham Singapura dalam tempoh empat tahun akan datang, bergantung kepada keadaan pasaran.
Katanya, sebelum penyenaraian itu dilaksanakan, syarikat merancang melaksanakan program meraih dana bulan depan bagi meningkatkan modalnya daripada RM105 juta sekarang kepada RM150 juta.
“Kami merancang untuk meraih kira-kira RM45 juta dalam tempoh dua bulan akan datang daripada pasaran ekuiti swasta,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, syarikat juga akan memperluaskan perkhidmatan liputan internet berkelajuan tingginya meliputi 300 bangunan sekitar Lembah Klang dalam tempoh dua tahun akan datang. V Telecoms yang menyediakan perkhidmatan internet kepada pelanggan korporat, mensasarkan untuk meningkatkan sumbangannya dalam pasaran runcit tahun ini, katanya
August 6, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com