August 6, 2009

Sirim sedia bantuan teknikal, modal insan di ECER

SIRIM Bhd akan memperluaskan perkhidmatannya di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi memenuhi keperluan pihak industri dengan menyediakan bantuan teknikal dan pembangunan modal insan dalam sektor tertentu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili, berkata sektor terbabit adalah teknologi fabrikasi besi, pembungkusan, label serta mesin selepas penuaian bagi industri pertanian.

Katanya, menerusi bantuan teknikal dalam teknologi fabrikasi besi, kementerian menjangka akan mewujudkan peluang pekerjaan mahir dalam sektor industri petrokimia, minyak dan gas, iaitu komponen utama ECER.

“Teknologi fabrikasi besi akan membabitkan dua komponen utama iaitu teknologi kimpalan, memusnahkan dan penilaian tanpa pemusnahan (NDE),” katanya selepas melawat pejabat Sirim di kawasan industri Gebeng, Kuantan, semalam. Ketika kini, Sirim menyediakan perkhidmatan teknikal kepada industri petrokimia, minyak, gas serta penyelenggaraan kapal yang terletak di Kerteh Terengganu, Pelabuhan Kuantan dan Kemaman, yang dijangka turut ditawarkan di ECER tidak lama lagi.

Beliau berkata, menerusi pembangunan Tanjung Agas di Pekan yang akan menggalakkan aktiviti petrokimia dan kejuruteraan fabrikasi, kementerian yakin permintaan terhadap perkhidmatan Sirim akan meningkat dengan ketara.

“Ini sekali gus menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal,” katanya. Ongkili berkata, Sirim juga akan terbabit secara langsung dengan aktiviti pembangunan PKS menerusi langkah meningkatkan pembungkusan produk dan pelabelan, khususnya dalam industri berkaitan makanan.

Katanya, langkah itu selari dengan matlamat ECER untuk menaik taraf dan meningkatkan kualiti pembungkusan produk yang akan menggambarkan syarikat yang beroperasi di wilayah terbabit. “Sirim mengambil alih projek pembangunan mesin bagi memberikan sokongan kepada operasi PKS dalam pelbagai sektor, selain memainkan peranan penting dalam sektor pertanian dengan memfokuskan pembangunan mesin selepas penuaian di ECER,” katanya.

Sementara itu, Sirim mengumumkan akan memohon peruntukan sebanyak RM6 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 bagi membangunkan infrastruktur, modal insan dan peralatan bagi Pusat Kimpalan Dalam Air di Pahang.

Menerusi peruntukan itu, Sirim akan melatih dan membantu pengimpal sedia ada untuk memperoleh sijil pengimpal dan pemeriksa kimpalan dalam air yang mempunyai permintaan tinggi, khususnya bagi industri petrokimia (luar pantai), pelabuhan, penyelenggaraan dan membaik pulih kapal laut serta tangki yang dipenuhi cecair.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers