NILAI eksport Malaysia meningkat 5.1 peratus kepada RM45.1 bilion pada Jun lalu, berbanding RM42.92 bilion pada Mei sebelumnya. Ia adalah nilai eksport bulanan tertinggi dicatatkan sepanjang enam bulan pertama tahun ini.
Matrade dalam perangkaan yang dikeluarkannya semalam, berkata kenaikan itu disumbangkan peningkatan dalam eksport barangan elektrik dan elektronik (E&E), jentera, perkakasan dan peralatan, barangan optik dan saintifik, kimia dan bahan kimia serta barangan perkilangan logam.
Bagaimanapun, katanya berbanding dengan Jun tahun lalu, nilai eksport pada Jun tahun ini itu merosot 22.6 peratus. Bagi import, Matrade berkata, nilainya pada Jun lalu meningkat 9.4 peratus kepada RM35.99 bilion berbanding bulan sebelumnya, tetapi jatuh 20.8 peratus berbanding Jun tahun lalu.
“Ini menghasilkan lebihan dagangan bulanan sebanyak RM9.12 bilion, iaitu lebihan dagangan bagi bulan yang ke-140 berturut-turut sejak November 1997,” katanya.
Import utama pada Jun lalu ialah barangan perantara, bernilai RM25.29 bilion yang mewakili 70.3 peratus daripada jumlah import, barangan modal bernilai RM4.94 bilion (13.7 peratus) dan barangan penggunaan RM2.63 bilion (7.3 peratus).
Matrade berkata, bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, jumlah eksport negara susut 23.4 peratus kepada RM250.53 bilion, berbanding tempoh sama pada 2008, manakala import jatuh 26.3 peratus kepada RM191.3 bilion, sekali gus menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM59.23 bilion.
Katanya, nilai eksport pada Jun lalu disumbangkan oleh barangan E&E bernilai RM18.59 bilion atau 41.2 peratus daripada jumlah eksport, minyak sawit RM3.65 bilion (8.1 peratus), kimia dan bahan kimia RM2.8 bilion (6.2 peratus).
Petroleum mentah pula menyumbang RM2.02 bilion atau 4.5 peratus daripada jumlah eksport, petroleum bertapis RM1.83 bilion (4.1 peratus), gas asli cecair (LNG) RM1.81 bilion (empat peratus), jentera, perkakasan dan peralatan RM1.63 bilion (3.6 peratus), perkilangan logam (RM1.17 bilion (2.6 peratus) dan barangan optik serta saintifik RM1 bilion (2.2 peratus).
Singapura, China, Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Thailand adalah lima pasaran eksport utama yang menyumbang 52.1 peratus daripada jumlah eksport negara pada Jun lalu. Eksport ke Asean pula bernilai RM12.13 bilion atau 26.9 peratus daripada jumlah eksport pada bulan berkenaan, turun 19.1 peratus berbanding Jun 2008.
Ini disebabkan eksport yang lebih rendah bagi keluaran petroleum bertapis, barangan E&E, petroleum mentah, barangan perkilangan logam serta kimia dan bahan kimia, bagaimanapun eksport ke Asean dalam bulan yang dikaji meningkat 4.8 peratus berbanding Mei lalu.
August 6, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com