August 6, 2009

PayPoint perkenal ‘helo1’ ganti penggunaan ‘KadFon’

PERNEC Paypoint Sdn Bhd (PayPoint), peneraju penyedia telefon awam di negara ini, semalam memperkenalkan kad prabayar telefon awam barunya dikenali sebagai ‘helo1’ bagi menggantikan ‘KadFon’ yang digunakan pada masa ini.

Ketua Eksekutif Pernec PayPoint, Tengku Asmaluddin Tengku Arshad, berkata kad prabayar dengan nilai RM5 itu boleh digunakan untuk telefon awam ‘helo’, telefon bimbit dan talian tetap. Katanya, serentak dengan pelancaran kad baru itu, syarikat tidak akan mengeluarkan lagi KadFon bernilai RM10 seperti sekarang.

Beliau berkata, pihaknya juga bercadang memperkenalkan kad ‘helo1’ pada nilai RM10 dan RM30 tahun depan, namun ia bergantung kepada sambutan terhadap kad berharga RM5 yang baru dilancarkan itu.

“Selain menawarkan perkhidmatan inovasi terbaru, pelancaran kad prabayar baru itu juga bertujuan memaksimumkan penggunaan 44,000 unit telefon awam ‘helo’ yang disediakan menerusi teknologi Protokol Suara Melalui Internet (VoIP) di seluruh negara,” katanya yang mengunjurkan purata jualan RM6 juta setahun.

Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran kad prabayar helo1 oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang, di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama Pengerusi Pernec Corporation Bhd, Datuk Zainum Aishah Ahmad dan Pengarah Urusan Pernec, Shahrom Md Shariff. Tengku Asmaluddin menambah, kemudahan penggunaan kad helo1 untuk telefon bimbit dan talian tetap, menawarkan daya saing tersendiri yang tidak disediakan penyediaan perkhidmatan telefon awam yang lain.

Katanya, menerusi teknologi VoIP, helo1 mampu menawarkan penjimatan antara 10 peratus hingga 20 peratus bagi panggilan ke luar negara, mengikut lokasi tertentu. Malah, beliau berkata, pengguna juga boleh mendapat penjimatan hingga 20 peratus bagi panggilan ke talian mudah alih di dalam negara.

“Kemudahan yang disediakan PayPoint memberi banyak manfaat kepada golongan sasar kami yang sebahagian besarnya adalah pelajar, pekerja asing dan pengguna yang mahukan penjimatan ke mana-mana talian mudah alih,” katanya.

Tengku Asmaluddin berkata, sebagai peneraju penyedia telefon awam di negara ini, PayPoint akan memastikan komitmen untuk menyediakan kemudahan terbaik kepada pelanggan, termasuk menambah bilangan telefon awam. Katanya, syarikat diberi mandat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyediakan 60,000 telefon awam di seluruh negara dan penambahan itu sedang dilakukan secara berperingkat.

“Daripada 44,000 unit telefon awam yang disediakan ketika ini, 40 peratus ditempatkan di luar bandar dan 60 peratus di dalam bandar khususnya di kawasan umum seperti sekolah, universiti, kolej, pasar raya, kompleks beli belah, kawasan tarikan pelancong, perumahan, stesen bas, dan lapangan terbang,” katanya.

Sementara itu, Salang berkata, kerajaan telah menstruktur tarif bagi perkhidmatan telefon awam daripada 10 sen bagi setiap tiga minit kepada 10 sen bagi setiap dua minit, susulan pertambahan kos termasuk penyelenggaraan kerosakan telefon awam disebabkan vandalisme.

Bagi meningkatkan komitmen penyediaan kemudahan kepada masyarakat, katanya, kerajaan juga menetapkan garis panduan memastikan setiap pemasangan dua telefon awam di bandar, mesti diikuti dengan satu telefon awam di luar bandar.

“Pengendali juga dikehendaki memasang sekurang-kurangnya satu telefon awam bagi setiap kampung di seluruh negara,” katanya

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers