August 10, 2009

Redtone tambah pelaburan RM10j

REDTONE International Bhd (Redtone) akan melabur kira-kira RM10 juta lagi untuk membina infrastruktur stesen bumi (BS) dan peralatan berkaitan lain bagi mem-perkukuhkan capaian akses Internet tanpa wayar berkelajuan tinggi di Sabah dan Sarawak.

Ketua Eksekutifnya, Zainal Amanshah, berkata pelaburan tambahan itu yang akan dibuat tahun ini, bakal menyaksikan pembinaan 19 lagi BS secara berperingkat di Sabah dan Sarawak yang masih belum mendapat kemudahan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi berkenaan.

Katanya, pembinaan 19 lagi BS itu adalah tambahan kepada 11 yang sudah beroperasi ketika ini, iaitu lima di kawasan Kota Kinabalu seperti Bukit Tiga, POS Malaysia, Radiant Court, TM Putatan, dan Lintas Square, manakala enam lagi di sekitar Kuching iaitu di Bukit Djin, Jalan Pending, Muara Tabuan, BDC Crystals, Jalan Dogan, dan Jalan Astana.

Beliau berkata, dalam usaha memenuhi matlamat syarikat untuk membolehkan kemudahan internet berkelajuan tinggi dapat diakses oleh semua lapisan pengguna di kedua-dua negeri terbabit, pihaknya komited untuk meluaskan lagi capaian akses kemudahan itu ke kawasan lain.

“Ini termasuk kawasan sekitar TM Penampang, Delta Heights Apartment, Megalong Shopping Complex, Celcom Tower Inanam, dan Courtyard Hotel One Borneo di Kota Kinabalu, manakala empat lagi di sekitar Kuching seperti di Bintawa, CIDB Petrajaya, Lee Ling Matang, dan MJC Batu Kawa,” katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemajuan kerja syarikat itu dalam meluaskan lagi capaian liputan WiMAX di Sabah dan Sarawak.
Redtone adalah antara penyedia kemudahan dan infrastruktur telekomunikasi terawal yang menawarkan perkhidmatan jalur lebar sistem Kebolehoperasian Global Capaian Gelombang Mikro (WiMAX) di Malaysia.

Zainal menambah, baki 10 lagi BS, yang kini dalam peringkat perbincangan dengan beberapa pemilik bangunan bagi di Sabah dan Sarawak untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai, turut akan disiapkan tahun ini. Katanya, penambahan BS itu juga bagi memenuhi janji syarikat kepada kerajaan untuk meningkatkan liputan perkhidmatan jalur lebar di kedua-dua negeri berkenaan sejak ia menerima lesen itu pada 2007.

Difahamkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), agensi yang diamanahkan kerajaan memberi dan memantau pelaksanaan kemudahan WiMAX di Malaysia, menetapkan tempoh masa tertentu bagi dipenuhi setiap pemegang lesen jalur lebar berkenaan.

SKMM turut menetapkan semua pemegang lesen harus melancarkan perkhidmatan itu kepada 25 peratus daripada penduduk di kawasan yang peruntukkan kepada mereka menjelang akhir 2007, dengan peruntukan perkhidmatan sekurang-kurangnya 1MBps. Pada akhir tahun ketiga, iaitu 2009, syarikat berkenaan harus berupaya untuk melancarkan perkhidmatan kepada sekurang-kurangnya 40 peratus penduduk di kawasan yang diperuntukkan kepada mereka.

Dalam usaha memenuhi tugas yang diamanahkan itu, Zainal berkata, Redtone yang bakal memiliki sejumlah 30 BS menjelang hujung tahun ini, berupaya meluaskan perkhidmatan WiMAX kepada lebih daripada 40 peratus capaian penduduk.

“Meskipun REDtone turut berdepan beberapa masalah seperti sukar mendapatkan kerjasama dengan pemilik bangunan untuk membenarkan bangunan mereka diguna bagi membina BS, kami tetap komited dengan tugas yang diberikan,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers