HARGA minyak sawit mentah (MSM) yang mencecah paras dasar pada suku keempat 2008, sudah kembali pulih dan stabil. Harga komoditi itu kini melepasi paras RM2,000 satu tan. Dengan unjuran harga purata MSM sekitar RM2,200 satu tan tahun ini dan RM2,300 satu tan pada 2010, ia memberikan kelegaan kepada syarikat perladangan sawit seperti TH Plantations Bhd.
Kenaikan harga mencerminkan kejayaan beberapa langkah dilaksanakan kerajaan bagi mengawal kejatuhan harga komoditi itu, selain permintaan dunia yang kembali stabil terhadap komoditi itu.
Beberapa inisiatif kerajaan bagi menyokong industri itu termasuk peruntukkan RM200 juta kepada pengusaha ladang untuk menggalakkan penanaman semula sawit bagi mengurangkan sebahagian lambakan stok di pasaran. Permintaan dari luar negara untuk MSM masih kukuh kerana pengguna sentiasa memerlukan makanan.
Tidak ada kesan ketara bagi eksport komoditi itu setakat ini. Dua negara pengimport terbesar, India dan China dijangka terus membeli minyak sawit kerana harganya lebih rendah daripada minyak soya.
Meninjau prestasi kewangan, keuntungan bersih TH Plantations susut 56.2 peratus kepada RM10 juta pada suku kewangan kedua berakhir 30 Jun 2009 daripada RM22.9 juta suku sama tahun sebelumnya. Bagaimanapun, pendapatan pada suku berkenaan meningkat 25.2 peratus kepada RM84.9 juta daripada RM67.8 juta susulan sumbangan daripada Sabako Sdn Bhd dan Ladang Bukit Belian Sdn Bhd, yang diambil alih pada Disember 2008.
Ia mencatat keuntungan bersih terkumpul berjumlah RM18.4 juta bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2009, susut ketara berbanding RM51.6 juta yang diraihnya pada tempoh sama 2008, sungguhpun pendapatan meningkat sedikit kepada RM144.8 juta daripada RM133.4 juta. Standard & Poor’s berpendapat keputusan suku kewangan kedua yang lebih lemah daripada jangkaan disebabkan perlakuan perakaunan.
Dari segi operasi, TH Plantations, katanya, adalah antara yang terbaik di kalangan syarikat perladangan bersaiz kecil. Sementara itu, penganalisis di Mercury Securities menjangka harga MSM akan bergerak dalam jajaran RM2,000 hingga RM2,500 satu tan untuk suku-suku mendatang.
Antara faktor mempengaruhi harga MSM termasuk pertumbuhan permintaan, tahap inventori, cuaca, hasil tuaian dan pergerakan harga komoditi lain seperti minyak mentah dan minyak soya. Penganalisis di firma itu menjangka harga MSM akan lebih kukuh pada separuh pertama 2010 berbanding separuh kedua 2009. Dengan ekonomi global dijangka lebih baik pada 2010, syarikat perladangan dapat membayangkan kelegaan tahun depan.
Bagaimanapun, risikonya termasuk naik turun harga, perbezaan tempoh kontrak, tukaran wang asing dan kawalan terhadap kos operasi. Dari aspek teknikal, Mercury Securities berpendapat harga saham TH Plantations secara umumnya mengukuh dan diniagakan dalam wajaran lebih ketat berbanding sebelum ini.
Garisan MACD saham berkenaan baru-baru ini pulih ke paras neutral. RSI juga menunjukkan ia juga didagangkan di atas paras neutral, termasuk penanda Stochastic yang juga berada pada satu tahap di atas paras neutral.
Paras rintangan berikutnya ialah pada RM1.70 dan RM1.77, manakala sokongan semerta pada RM1.54 dan RM1.40. Firma itu mengekalkan cadangan ‘pegang’ ke atas saham TH Plantations, bergantung perkembangan harga MSM dan aktiviti penggabungan dan pengambilalihan (M&A) ladang pada masa depan.
TH Plantations bercadang mengambil alih keseluruhan kepentingan dalam Ladang Sawit Bintulu Sdn Bhd. Ia juga bercadang mengambil alih keseluruhan kepentingan dalam Lebikaya Sdn Bhd. Pengambilalihan itu sejajar program penyelarasan aktiviti syarikat berkenaan bagi mencapai keberkesanan operasi dan kewangan lebih tinggi.
Sementara itu, S&P menaik taraf cadangan TH Plantations kepada ‘pegang’ daripada ‘jual’ sebelum ini dengan harga sasaran 12-bulan RM1.65 berbanding RM1.50 sebelum ini. Pada pendapat S&P, dengan marjin operasi melebihi paras purata sebanyak 25.4 peratus, pulangan pelaburan (ROE) tinggi 14.3 peratus dan pendapatan dividen memuaskan lima peratus diunjurkan bagi 2009.
S&P menaikkan PER ke atas unjuran pendapatan bagi 2010 kepada 11x daripada 10 kali ketika ini. Penilaian lebih tinggi itu sebahagiannya mencerminkan keyakinan permintaan terhadap minyak sawit masih kukuh, sekali gus menyediakan sokongan baik ke atas harga MSM, dan secara tidak langsung memberikan kesan positif kepada harga saham TH Plantations.
August 10, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com