PENDAPATAN lebih baik daripada jangkaan oleh syarikat kewangan ternama global diterajui HSBC dan pemaju hartanah di rantau ini pada minggu lalu, mampu mengekalkan momentum meningkat di pasaran saham tempatan.
Ini membawa kepada peningkatan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) bagi empat minggu berturut-turut untuk mencatatkan paras tertinggi baru dalam tempoh 13 bulan. Minggu lalu, FBM KLCI meningkat lagi iaitu 9.98 mata, atau 0.85 peratus untuk ditutup pada 1,184.88.
Keuntungan mingguan yang kukuh dicatatkan Maybank (+6 mata kepada FBM KLCI), IOI Corp (+3.58), dan Axiata (+2.53) diimbangi oleh kerugian Public Bank (-2.82), Genting Bhd (-1.84) dan BCHB (-1.66). Purata dagangan harian dan nilai masing-masing menurun kepada 961.3 juta saham bernilai RM1.54 bilion, berbanding 1.092 bilion saham dan nilai dagangan RM1.65 bilion pada minggu sebelumnya.
Terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa prestasi kukuh Wall Street pada Jumaat lalu untuk turut memberi kesan kepada pasaran tempatan selepas data pekerjaan di Amerika Syarikat (AS) jatuh kurang daripada yang dijangkakan.
Jumlah pekerjaan di AS bagi Julai menyusut 44 peratus bagi asas bulanan kepada 247,000, lebih rendah daripada 325,000 seperti yang dijangkakan. Ia seterusnya membawa kepada kadar pengangguran yang lebih rendah daripada diunjurkan iaitu pada 9.4 peratus.
Pasaran ekuiti AS sudah sedia berada dalam keadaan yang menggembirakan, dijana oleh pendapatan suku kedua dan KDNK yang lebih baik daripada jangkaan. Angka jualan runcit dan Indeks Keyakinan yang akan dikeluarkan oleh University of Michigan minggu ini mungkin tidak mengecewakan berdasarkan data pekerjaan bagi Julai, rali dalam pasaran ekuiti dan insentif yang diberikan kepada industri automotif.
Rizab Persekutuan juga dijangkakan mengekalkan kadar faedahnya pada 0.25 peratus apabila bank pusat itu bermesyuarat minggu ini. Pasaran buruh yang semakin pulih, peningkatan kegiatan pembuatan dan keadaan ekonomi yang lebih baik di AS, dan tanda pertumbuhan kegiatan perkilangan di China dan pada peringkat global, seharusnya memberikan tinjauan lebih
baik bagi eksport Malaysia bulan ini selepas ia jatuh 22.6 peratus pada asas tahunan pada Jun.
Disebabkan itu, pelabur seharusnya melihat kepada saham syarikat elektrik dan elektronik (E&E) seperti Unisem dan MPI, yang juga mendapat manfaat daripada pelaburan langsung mereka di China, yang mana ketika ini ia masih didagangkan pada penilaian menarik.
Tinjauan ekonomi global yang bertambah baik akan terus menarik minat dalam syarikat komoditi memandangkan permintaan kini pulih dan pelabur sedang bertaruh dengan tekanan inflasi. Pelabur perlu terus memberikan penilaian ‘overweight’ kepada sektor minyak dan gas, terutama dalam saham syarikat penyedia perkhidmatan dalam sektor hiliran.
Buat masa ini, pendirian ‘neutral’ dikekalkan pada sektor perladangan sehinggalah muncul lebih banyak tanda yang menunjukkan permintaan akan meningkat dan mampu melepasi pertumbuhan penawaran dalam minyak sawit mentah (MSM) dan juga pesaingnya, minyak soya.
Selain faktor pasaran AS, tiada faktor domestik yang akan menjana peningkatan FBM KLCI minggu ini, kecuali terdapat kejutan dalam pengumuman pendapatan suku tahunan syarikat pada minggu ini.
Secara teknikal, indeks boleh mencuba paras pengukuhan 1,200 mata minggu ini dan pelabur perlu melihat ini sebagai satu peluang baik untuk menjual ketika rali memandangkan ketika ini FBM KLCI 2010 PER adalah 16.3 kali lebih mahal berbanding harga di pasaran serantau.
August 10, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com