August 10, 2009

Peruntukan Bajet 2010 dijangka lingkungan RM206b

KERAJAAN semalam membayangkan peruntukan bagi Bajet 2010 masih dalam lingkungan RM206 bilion seperti tahun ini berikutan sumber pendapatan kerajaan semakin menyusut susulan krisis ekonomi global.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan juga akan berusaha mengurangkan defisit bajet atau mengekalkannya pada tahap 7.6 peratus seperti 2009. Pada masa sama, katanya, kerajaan sedang berusaha mencari sumber pendapatan baru bagi menampung penyusutan pendapatannya.

“Kita memang menjangka pendapatan kerajaan akan menyusut kerana kegawatan ekonomi. Namun, kita akan mencari sumber pendapatan alternatif untuk kerajaan. “Minggu lalu kita bincang...Ini masih dikaji," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Umno Bagan Serai di Bagan Serai, Perak, semalam.

Defisit bajet Kerajaan Pusat pada 2009 adalah 4.8 peratus sebelum meningkat kepada 7.6 peratus berikutan dua pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM7 bilion dan RM60 bilion.
Ketika ditanya sama ada rakyat akan memperoleh pendapatan tambahan menerusi insentif pengurangan cukai pendapatan, Ahmad Husni berkata, Kementerian Kewangan belum membincangkan perkara itu.

Katanya, sesi kumpulan fokus Bajet 2010 masih mengumpulkan pandangan daripada pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta dan rakyat mengenai keperluan masing-masing. Beliau berkata, sesi itu akan tamat hujung bulan ini sebelum Kementerian Kewangan merangka Bajet 2010 untuk dibentangkan pada 23 Oktober ini.

"Kita berusaha meningkatkan kesejahteraan rakyat bagi menangani kenaikan harga barang. Bagi sektor swasta, mereka mahu mengurangkan kos perniagaan dan meningkatkan ruang pemasaran," katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers