SYARIKAT Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) bercadang untuk meningkatkan peruntukan jaminan pinjaman di bawah Skim Jaminan Modal Kerja (SJMK) kepada RM7 bilion berbanding RM5 bilion sekarang.
Pengarah dan Pegawai Prinsipal SJPP, Fazlur Rahman Ebrahim, berkata cadangan penambahan peruntukan jaminan itu dibuat susulan sambutan meng-galakkan terhadap skim berkenaan. SJMK diwujudkan oleh kerajaan bagi memudahkan syarikat tempatan mendapat akses kepada pembiayaan modal kerja.
“Kini lebih 70 peratus daripada peruntukan jaminan SJMK sudah digunakan. Kami bercadang untuk memindahkan peruntukan jaminan berjumlah RM2 bilion daripada Skim Jaminan Pembiayaan Penstrukturan Semula Industri (SJPSI) kepada SJMK, justeru meningkatkan keseluruhan peruntukan daripada RM5 bilion kepada RM7 bilion.
“Bagaimanapun, ia bergantung kepada kelulusan Kementerian Kewangan. Surat cadangan sudah dihantar kepada kementerian dan kami sedang menunggu maklum balas mengenai perkara itu,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, baru-baru ini.
Sehingga akhir minggu lalu, SJPP sudah menjamin sejumlah 3,133 pinjaman bernilai RM3.932 bilion menerusi SJMK iaitu hampir 79 peratus daripada peruntukan jaminan keseluruhan sebanyak RM5 bilion yang disediakan.
Fazlur Rahman menjelaskan, jumlah jaminan itu diberikan hanya dalam tiga bulan setengah selepas skim itu dilancarkan pada 14 April lalu. “Berdasarkan sambutan terhadap SJMK, keseluruhan peruntukan jaminan di bawah skim itu dijangka habis digunakan menjelang akhir bulan depan,” katanya.
Sementara itu, di bawah SJPSI, SJPP menjamin 92 pinjaman bernilai RM283.91 juta atau 5.67 peratus daripada keseluruhan peruntukan berjumlah RM5 bilion. SJMK dan SJPSI diperkenalkan dalam pakej rangsangan ekonomi kedua yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 10 Mac lalu.
Menerusi dua skim itu, kerajaan berharap bank tempatan akan terus memberi kemudahan pembiayaan kepada syarikat berdaya maju untuk mengharungi tempoh sukar susulan kegawatan ekonomi global ketika ini. Menerusi inisiatif itu, kerajaan berkongsi risiko dengan 44 syarikat kewangan di negara ini yang mengeluarkan pinjaman kepada syarikat berkelayakan menerusi jaminan disediakan.
SJMK adalah skim yang menyediakan pembiayaan modal kerja untuk syarikat yang mempunyai ekuiti pemegang saham kurang daripada RM20 juta yang mana bank akan menyediakan kemudahan pembiayaan dengan jaminan kerajaan sebanyak 80 peratus. SJPSI pula adalah jaminan pinjaman untuk meningkatkan produktiviti dan aktiviti tambah nilai serta untuk menggalakkan aplikasi teknologi mesra alam.
Menerusi skim itu, syarikat yang mempunyai ekuiti pemegang saham kurang daripada RM20 juta akan diberi jaminan oleh kerajaan sebanyak 80 peratus.
August 10, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com