AL-RAJHI Bank (M) Bhd, yang memulakan operasinya di Malaysia hampir dua tahun lalu, kini bersedia untuk mencapai sasaran tahap pulangan modal menjelang akhir tahun. Naib presiden kanan untuk maklumat perniagaan, Mohd Najid Yahya, berkata bank itu telah mula meraih keuntungan mulai Mei tahun ini.
“Kami menyaksikan untung yang positif. Biasanya, bank runcit akan mengambil masa tiga hingga lima tahun untuk balik modal tetapi kami cuma perlukan dua tahun.
“Sehingga Mei, angkanya nampak baik dan kami bekerja keras untuk mencapai sasaran itu,” katanya dalam satu temubual. Beliau, bagaimanapun tidak memaklumkan jumlah pelaburan yang dibuat oleh Al Rajhi untuk memulakan operasinya di dalam negara.
Bank itu yang mempunyai lebih 60,000 pelanggan sehingga kini, telah mengembangkan operasinya ke seluruh negara.
Bermula dengan hanya satu cawangan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, ia kini mempunyai 19 cawangan, dengan 14 di Lembah Klang dan masing-masing satu di Kota Bahru, Johor Bahru, Melaka, Pulau Pinang dan Kuching.
Mohd Najid menambah, di bawah rancangan lima tahunnya, bank bercadang untuk mempunyai sekurang-kurangnya 50 cawangan di seluruh negara. Beliau berkata, bank akan membuka cawangan pertamanya di Sabah menjelang suku pertama tahun depan.
Mohd Najid berkata, seiring pengembangan operasinya, Al Rajhi akan terus memperluaskan portfolio produk dengan menawarkan produk unik Islam. Bank kini mempunyai pelbagai jenis produk dan perkhidmatan seperti i-Simpanan, i-Semasa, i-Pembiayaan peribadi, i-kad caj, i-kad Debit, i-pembiayaan automobil, i-pembiayaan kediaman, Al Musafir i-Card dan produk korporat.
Beliau berkata, bank baru-baru ini memulakan projek memecah rekod dengan melaksanakan transaksi perbankan dalam talian dari Gunung Kinabalu. "Rekod itu yang disahkan oleh Malaysia Book of Record, dilakukan pada ketinggian 3,273 meter di atas paras laut oleh sekumpulan 38 kakitangan Al Rajhi pada 27 Julai, 2009.
"Ia adalah sebahagian komitmen bank untuk menyampaikan mesej `Perbankan dengan Al Rajhi di mana dan pada bila-bila masa jua’ kepada pengguna kami," kata beliau. - Bernama
August 6, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com