SHAH ALAM 4 Ogos - Sebagai menghargai konsep 1Malaysia, sebuah syarikat teknologi maklumat (ICT) memperkenalkan 1Keluarga 1komputer dan Internet bagi membolehkan semua kakitangan kerajaan dan orang ramai memiliki ICT dengan harga mampu dimiliki.
Program ini secara langsung akan merapatkan lagi jurang digital antara masyarakat Malaysia dan membolehkan rakyat negara ini memperoleh maklumat di hujung jari.
Apa yang menariknya melalui pakej ini, pengguna bukan sahaja menikmati kemudahan penggunaan komputer tetapi juga dibekalkan dengan talian Internet jalur lebar tanpa wayar.
Ketua Pegawai Eksekutif Goldmetric Network Solutions Sdn. Bhd, Muhamad Rizal Muhamad Zaibani berkata, melalui pakej ini pengguna tidak perlu membayar bil bulanan talian Internet mereka di kaunter- kaunter pembayaran untuk tempoh dua tahun.
Beliau berkata, pihaknya percaya, dengan mensasarkan kepada golongan ini, ia akan menyebar-luaskan lagi keinginan untuk memiliki perkakasan ICT secara rantaian kepada keluarga terdekat dan sahabat handai mereka.
''Antara kekangan utama pemilikan komputer dan talian internet secara peribadi oleh penduduk Malaysia ialah berkaitan permasalahan
harga yang boleh dianggap masih tinggi terutama bagi golongan bukan professional dan rakyat biasa.
''Berdasarkan kajian yang dibuat oleh institusi pengajian tinggi di negara ini harga memainkan peranan yang penting dalam membuat keputusan untuk memiliki komputer dan talian Internet jalur lebar," katanya.
Beliau berkata, untuk membantu mengurangkan permasalahan harga, pihaknya menawarkan produk-produk gabungan sekali gus komputer dan Internet jalur lebar tanpa wayar dengan memilih tiga jenis komputer yang ditawarkan iaitu komputer meja, komputer riba dan komputer mini.
Ia juga sejajar dengan inspirasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menggalakkan penggunaan komputer dan Internet jalur lebar di kalangan anggota perkhidmatan ATM melalui program yang dilancarkan melalui Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) iaitu program '1 Anggota ATM, 1 Komputer, 1 Internet'.
''Pelanggan boleh membawa pulang produk dengan harga serendah RM60 hingga RM110 sebulan, mengikut jenis pakej yang dikehendaki dan jumlah tahun pembiayaan mereka pilih," katanya.
Malahan, harga yang ditawarkan dalam pakej ini adalah 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran semasa.
''Ianya secara tidak langsung akan menarik minat golongan bukan professional memiliki produk yang ditawarkan," katanya.
Goldmetric Network Solutions Sdn. Bhd juga bercadang untuk melantik ejen-ejen jualan di setiap negeri bagi memberi peluang kepadasyarikat bumiputera yang berminat sama-sama membangun dalam industri ICT yang semakin berkembang luas.
Keterangan lanjut mengenai program '1 Komputer 1 Internet' ini boleh diperoleh dengan menghubungi Goldmetric Network Solutions Sdn. Bhd. di 46A, Jalan Apollo U5/193, Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam. Tel : 03-7842 3110 atau 013-313 6243.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com