August 5, 2009

Industri sawit diiktiraf dunia

ISTANBUL 4 Ogos – Minyak sawit Malaysia kini semakin menarik di kalangan pengguna di seluruh dunia berikutan perakuan peserta utama industri itu mengenai pentingnya menangani alam sekeliling serta menjaga kebajikan pemegang kepentingan dengan baik.

Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Datuk Lee Yeow Chor berkata, penanam sawit di Malaysia mengguna pakai amalan pertanian bertanggungjawab sejak 1980-an.

“Misi kami adalah bertujuan lebih mesra alam dan industri yang mampan, yang dibuktikan menerusi sokongan aktif peserta industri minyak sawit Malaysia dalam Meja Bulat Mengenai Kemampanan Minyak Sawit (RSPO),” katanya pada Seminar dan Pameran Perdagangan Minyak Sawit (POTS) Turki, selama dua hari di sini.

Sebuah forum global bagi memperhalusi piawaian dan memantau kriteria pengeluaran dan pembekalan minyak sawit secara lestari, anggota RSPO terdiri daripada peladang, peniaga, kumpulan konservatif dan pengguna korporat, minyak sawit.

Sektor minyak sawit terpaksa mempertahan diri terhadap dakwaan amalannya yang menjejaskan alam sekeliling.
Yeow Chor berkata, MPOC juga telah melancarkan Dana Pemuliharaan Hidupan Liar Minyak Sawit Malaysia, bernilai AS$6 juta (RM21 juta), bagi menyokong usaha pemuliharaan yang berkaitan pengeluaran minyak sawit di Malaysia.

Beliau berkata, penerimaan yang semakin meningkat terhadap minyak sawit Malaysia di kalangan pengguna di rantau ini ketara berdasarkan angka import yang tinggi.
Katanya, eksport minyak sawit Malaysia di rantau ini meningkat sebanyak 31.6 peratus pada 2008 berbanding 450,000 tan pada 2007.

Yeow Chor berkata, Jordan mengimport kira-kira 380,000 tan minyak sawit Malaysia pada 2008 berbanding hanya 6,000 tan pada 2007.
“Mesir pula mengimport kira-kira 350,000 tan berbanding 185,000 tan manakala negara lain mencatatkan purata kira-kira 10 peratus peningkatan import minyak aawit Malaysia.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers