August 5, 2009

Pakistan, Malaysia saling bekerjasama

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Malaysia dan Pakistan boleh bekerjasama untuk meraih bahagian pasaran halal dunia yang lebih besar, kata Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Perdagangan Pakistan, Syed Mohibullah Shah, hari ini.

Kelebihan utama Malaysia adalah kepakarannya dalam teknologi dan pensijilan makanan halal manakala Pakistan boleh menyumbang dari segi bahan mentah seperti daging, susu, ternakan ayam dan itik serta bijirin makanan, katanya dalam mesej yang difakskan dari Karachi.

Beliau berkata, pasaran makanan halal dunia dianggar bernilai AS$632 bilion (RM2.21 trilion) dan berkembang pada kadar tahunan 20 peratus berikutan kemajuan pesat di kalangan negara Islam.

Menurutnya, ketika ini, 85 peratus daripada makanan halal dikeluarkan oleh bukan Islam," justeru itu Pakistan berpendapat ia perlu bekerjasama dengan Malaysia untuk meneroka pasaran secara besar-besaran bagi mendapat bahagian yang sewajarnya".

Syed Mohibullah berkata, Pakistan akan menganjurkan Ekspo dan Kongres Halal Global tahun depan dan berharap Malaysia akan menyokong sepenuhnya acara itu. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers