August 6, 2009

Axiata, FRiENDi sedia khidmat bagi ekspatriat

AXIATA Group Bhd semalam memeterai perjanjian usaha sama dengan sebuah firma berpangkalan di Dubai, FRiENDi Group FZ-LLC (FRiENDi) bagi menawarkan perkhidmatan berkaitan telefon mudah alih, khusus buat ekspatriat yang bekerja di negara yang mempunyai rangkai-an perkhidmatan kedua-dua syarikat itu.

FRiENDi adalah penyedia rangkaian maya mudah alih (MVNO). Dalam satu kenyataan semalam, Axiata berkata antara kerjasama yang bakal dilaksanakan termasuk menubuhkan jenama serta hubungan MVNO secara bersama.

Presiden dan Ketua Eksekutif Axiata, Datuk Seri Jamaludin Ibrahim, berkata perjanjian itu bakal membantu pelanggan memanfaatkan setiap kadar panggilan diskaun serta perkhidmatan tambah nilai lain yang ditawarkan. Perkhidmatan tambah nilai itu, antara lain termasuk pindahan wang menerusi telefon mudah alih serta pindahan isi kandu-ngan dan tambah nilai secara jarak jauh.

Beliau menambah, perjanjian turut memberikan kelebihan tambahan untuk Axiata kepada akses pasaran Asia Barat yang mana mempunyai jumlah pekerja asing lebih daripada 13 juta.
Sementara itu, Ketua Eksekutif FRiENDi, Mikkel Vinter, berkata kerjasama berkenaan akan membantu syarikatnya muncul sebagai status utama dengan semua unit Axiata di seluruh rantau Asia.

“Ia turut membantu semua unit Axiata peluang unik dalam menawarkan perkhidmatan mereka ke seluruh jutaan rakyat pelbagai negara yang tinggal dan bekerja di semua rangkaian geografi pasaran FRiENDi,” katanya. Sebagai permulaan kerjasama itu, unit India Axiata, Idea Cellular dan unit FRiENDi yang beroperasi di Oman akan menyediakan perkhidmatan komunikasi bagi ekspatriat di kedua-dua negara pada harga lebih berpatutan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers