KERAJAAN mengutip cukai berjumlah RM53.5 bilion dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini, meningkat 1.96 peratus berbanding RM52.4 bilion yang dikutip dalam tempoh sama tahun lalu. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, berkata peningkatan itu adalah sesuatu yang positif mengambil kira keadaan ekonomi yang kurang cergas jika dibandingkan dengan kutipan cukai lebih rendah di negara lain.
Namun, beliau berkata, bagi seluruh tahun ini jumlahnya mungkin lebih rendah berbanding tahun lalu berdasarkan arah aliran menurun kenaikannya dalam tempoh beberapa bulan lalu.
“Kutipan cukai meningkat tiga peratus dalam suku pertama tetapi ia hanya meningkat kira-kira satu peratus setakat 31 Julai lalu. Jika dilihat daripada arah aliran itu, saya berpendapat jumlah kutipan cukai akan menjadi lebih rendah dalam separuh kedua tahun ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Percukaian Nasional anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di Kuala Lumpur, semalam.
Ahmad Husni mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Turut hadir pada majlis semalam ialah Ketua Eksekutif merangkap Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Hasmah Abdullah; Pengarah Akademi Percukaian Malaysia LHDN, Mohd Nizom Sairi; Presiden Institut Percukaian Bertauliah Malaysia (CTIM), Dr Veerinderjeet Singh dan Naib Presiden CTIM, SM Thanneermalai.
Ahmad Husni berkata, keadaan ekonomi semasa yang masih tidak menentu mungkin menjejaskan menjejaskan jumlah kutipan cukai dalam tempoh separuh kedua ini.
“Disebabkan keadaan ekonomi, pendapatan syarikat telah terjejas. Atas sebab itu, saya sedikit bimbang mengenai jumlah kutipan cukai dalam separuh kedua tahun ini yang dijangka berkurangan,” katanya.
Beliau berkata, sebahagian besar daripada kutipan cukai dalam tempoh Januari hingga Julai lalu adalah cukai petroleum yang meningkat kira-kira RM2 bilion dan cukai pendapatan individu yang meningkat kira-kira RM1 bilion. Katanya, tahun lalu kerajaan mengutip cukai berjumlah RM90.6 bilion, meningkat 21 peratus daripada RM74.4 bilion pada 2007.
Mengenai sama ada kerajaan akan mengumumkan sebarang langkah penurunan cukai dalam Bajet 2010, Husni berkata, sebarang langkah mengenai perkara itu hanya boleh ditentukan selepas mesyuarat kumpulan fokus Bajet 2010 yang dijangka berakhir hujung bulan ini. Perdana
Menteri dijangkakan membentangkan Bajet 2010 di Parlimen pada 23 Oktober ini.
August 5, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com