AMINVESTMENT Bank Group melancarkan anak syarikat pengurusan dana Islamnya, AmIslamic Funds Management Sdn Bhd dengan sasaran meningkatkan dana Islam yang diuruskannya kepada RM1.3 bilion menjelang Mac tahun depan.
Ketua Eksekutif Bahagian Pengurusan Dana AmInvestment, Datin Maznah Mahbob, berkata dengan penubuhan AmIslamic Funds Management, semua perkhid-matan serta aktiviti pengurusan dana Islam di bawah kumpulan itu akan disatukan di bawah entiti itu.
Ketika ini, bahagian pengurusan dana AmInvestment mengendalikan 11 dana amanah yang dilabur dalam pasaran wang, bon Islam, aset campuran, ekuiti global dan tempatan, selain menguruskan secara berasingan dana kira-kira RM1 bilion.
“AmIslamic Funds Management adalah inisiatif utama kami dalam memperluaskan perkhidmatan dana kumpulan dan memanfaatkan peningkatan permintaan di peringkat global. “Menerusi entiti baru ini, kami mensasarkan untuk meningkatkan saiz dana yang sebanyak RM300 juta lagi kepada RM1.3 bilion serta melancarkan empat lagi produk berlandaskan syariah tahun ini,” katanya selepas pelancaran AmIslamic Funds Management Sdn Bhd pada Forum Penerbit dan Pelabur Asia 2009 di Kuala Lumpur, semalam.
Pelancarannya disempurnakan Pengarah Urusan Suruhanjaya Sekuriti, Datuk Dr Nik Ramlah Nik Mahmood. Hadir sama dan Pengarah Urusan AmInvestment Bank, T C Kok.
Maznah berkata, AmIslamic Funds Management menawarkan penyelesaian pelaburan kepada pelabur institusi dan unit amanah pelbagai aset kelas seperti pasaran wang, sukuk, ekuiti persendirian serta hartanah, mengkhusus kepada sukuk global dan pelaburan ekuiti Asia Pasifik.
Katanya, AmInvestment yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam pengurusan aset, setakat 30 Jun lalu menguruskan saiz dana berjumlah RM16.5 bilion. “Kami memperoleh lesen pengurusan dana Islam daripada SC awal Januari lalu bagi melaksanakan pengurusan instrumen kewangan Islam luar pesisir dan domestik,” katanya.
Beliau berkata, AmInvestment juga menubuhkan kerjasama di peringkat global antaranya dengan Oasis Group dan Al-Rajhi sekali gus memperkukuhkan pengurusan portfolio syariahnya.
August 5, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com