August 5, 2009

FIM2009 catat urus niaga RM340j

PAMERAN dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2009 (FIM2009) selama tiga hari yang tamat hujung minggu lalu mencatatkan urus niaga bernilai RM340 juta, 12 peratus lebih tinggi daripada sasarannya sebanyak RM300 juta.

Pengerusi FIM2009, Datuk Dr Adnan Alias, berkata walaupun jumlah kehadiran pengunjung pada pameran itu hanya 7,843 orang, kurang 12 peratus berbanding tahun lalu ekoran kejadian tidak dapat dielakkan seperti sekatan jalan raya serta perarakan bantahan di Kuala Lumpur, hujung minggu lalu, kualiti pengunjung serta peserta yang mengambil bahagian adalah lebih baik. Beliau berkata, FIM2008 dihadiri 8,909 pengunjung dan mencatatkan jumlah urus niaga RM283 juta.

“Urus niaga yang dicatatkan pada FIM2009 memberikan beberapa petunjuk positif. Ia secara amnya menggambarkan keyakinan usahawan terhadap perniagaan francais serta ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan. FIM2009 adalah pameran perdagangan terbesar seumpamanya di Asia Tenggara dan telah memainkan peranan penting dalam pembangunan industri terbabit yang mana di Malaysia saja, pendaftaran perniagaan francais baru berkembang pada kadar 15 peratus setiap tahun sejak seabad lalu.

Pameran perdagangan tahunan yang kali ke-16 diadakan itu menyaksikan lebih 100 gerai pameran ditempah francaisor tempatan dan luar negara serta banyak perniagaan yang mewakili pelbagai sektor turut serta dalam pameran.

Walaupun Mesir, Filipina dan China menarik diri dari menyertai FIM2009 ekoran wabak influenza A (H1N1), penyertaan negara lain adalah kukuh iaitu mewakili 34 peratus daripada peserta. Negara yang turut serta dalam FIM2009 adalah Australia, Colombia, Perancis, Indonesia, Itali, Korea, Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Malah, FIM2009 mencatatkan 42 peratus penyertaan kali pertama francaisor daripada pelbagai sektor. Pada pameran kali ini, sektor makanan dan minuman (F&B) muncul penyumbang terbesar urus niaga dengan 48 peratus, diikuti peruncitan 30 peratus, manakala bakinya dalam sektor kesihatan dan kecantikan, pendidikan dan latihan, latihan, perkhidmatan, komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) serta pelancongan dan pengembaraan.

Adnan berkata, walaupun negara turut menerima kesan kemelesetan ekonomi global, pada pemerhatian pihaknya, tiada sebarang perniagaan francais ditutup ekoran masalah berkenaan. Beliau berkata, perniagaan francais yang ditutup sebenarnya sudah tidak aktif sebelum kemelesetan ekonomi melanda.

“Secara amnya, kesan kemelesetan ekonomi menyebabkan industri francais Malaysia menyaksikan penurunan kira-kira 20 peratus, terutama dalam sektor peruncitan dan perkhidmatan. “Bagaimanapun, beberapa ahli MFA dalam sektor makanan segera melaporkan peningkatan dalam jualan,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers