MASALAH kad kredit adalah antara isu yang diberikan perhatian dalam mesyuarat Kumpulan Fokus Bagi Sektor Kewangan bagi penyediaan Bajet 2010.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, yang mempengerusikan mesyuarat itu dalam ucapannya berkata, peningkatan hutang kad kredit masih membimbangkan di sebalik pelbagai langkah yang diambil termasuk penubuhan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Beliau berkata, kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) bagi hutang kad kredit sehingga April lalu adalah berjumlah RM580 juta mewakili 2.3 peratus daripada jumlah keseluruhan NPL sistem perbankan.
Bilangan yang muflis kerana hutang kad kredit pula, katanya adalah seramai 550 orang, iaitu empat peratus daripada bilangan yang diisytiharkan muflis tahun lalu. “Berdasarkan keadaan ini, institusi perbankan mungkin perlu menimbang untuk mengenakan kriteria lebih ketat dalam mengeluarkan kad kredit,” katanya.
Selain isu hutang kad kredit, mesyuarat itu turut membincangkan beberapa isu lain termasuk jurang antara kadar pinjaman asas (BLR) dengan kadar faedah deposit; perbezaan layanan antara kemudahan ke- wangan Islam dan konvensional; kurangnya penerokaan dalam pasaran insuran hayat dan takaful serta penggunaan dana insurans; dan keperluan untuk mening- katkan promosi amanah pelaburan hartanah (REITs), saiz dana modal teroka dan kekurangan dana pen-cen swasta.
Awang Adek berkata, dalam sektor kewangan Islam, kerajaan melaksanakan beberapa inisiatif bagi menjadikan Malaysia sebagai hab kewangan Islam antarabangsa. “Antara inisiatif terkini adalah membenarkan dua syarikat perbankan Islam asing serta syarikat takaful keluarga (beroperasi di Malaysia) dan meningkatkan had pemilikan ekuiti asing kepada 70 peratus daripada 40 peratus dalam institusi perbankan Islam tempatan serta syarikat takaful,” katanya.
Beliau berkata, dalam pasaran insurans, wujud jurang yang besar dari segi paras penerokaan antara insurans hayat dan takaful yang masing-masing hanya berada pada kadar 40.8 peratus dan 7.9 peratus, berbanding 80 peratus di negara maju. Mesyuarat Kumpulan Fokus Sektor Kewangan itu adalah antara 18 mesyuarat dijadual diadakan untuk dijadikan sebagai input dalam penyediaan bajet 2010.
Setakat ini lapan mesyuarat telah diadakan. Selain sektor perbankan, isu lain termasuk berkaitan perusahaan kecil dan sederhana, pelaburan langsung asing, industri halal, teknologi komunikasi dan maklumat, perkhidmatan jalur lebar, keperluan rakyat, pelancongan dan pertanian. Awang Adek berkata, Kementerian Kewangan akan mengadakan 10 lagi mesyuarat yang akan dimuktamadkan menjelang akhir bulan ini.
August 6, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com