TSR Capital Bhd memperoleh kelulusan daripada kerajaan Negeri Sembilan bagi membangunkan projek hartanah berkaitan pelancongan dikenali TSR Ocean Park di Port Dickson bernilai kira-kira RM1.8 bilion.
Projek yang akan dimajukan di kawasan menghadap pantai seluas 40 hektar berhampiran pusat bandar Port Dickson itu akan mengandungi pusat beli-belah bebas cukai, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), terminal feri antarabangsa, akuarium serta taman tema air. Ia juga akan dilengkapi dengan hotel dan pusat konvensyen, kedai tema, pusat kesihatan dan apartmen.
TSR Capital dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia berkata, projek TSR Ocean Park itu akan dilaksanakan secara berperingkat, dan ia dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 10 tahun. Katanya, fasa pertama projek itu akan membabitkan pembangunan pembangunan kedai dua dan tiga tingkat serta persiaran menghadap laut, kedai pejabat dan apartmen dengan nilai pembangunan kasar kira-kira RM100 juta.
Pembinaan dalam fasa pertama itu akan dimulakan sebaik mendapat kelulusan pihak berkuasa berkaitan, katanya. Katanya, ia telah menubuhkan sebuah anak syarikat milik penuh iaitu TSR Ocean Park Sdn Bhd bagi melaksanakan projek berkenaan.
“Projek ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih syarikat dalam tahun kewangan berakhir 2009 ke atas,” katanya sambil menambah pembangunan keseluruhan projek itu akan dibiayai oleh dana dalaman syarikat itu dan juga pinjaman.
August 6, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com