August 5, 2009

Bursa tinggi ikut pasaran serantau

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini sejajar dengan prestasi pasaran serantau apabila sentimen mendapat rangsangan daripada kenaikan semalaman di Wall Street, kata seorang peniaga.

Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia naik 8.57 mata untuk ditutup kepada 1179.88 selepas dibuka 3.41 mata lebih tinggi pada 1174.72. Kedua-dua indeks AS ditutup tinggi dengan Dow Jones Industrial Index dan Standard & Poor's 500 Index masing-masing meningkat 1.25 peratus dan 1.53 peratus untuk ditutup kepada 9,286.56 dan 1,002.63.

OSK Investment Research berkata ia mengekalkan tinjauan positif bagi pasaran jangka terdekat bursa tempatan.
Indeks Kewangan meningkat 71.58 mata kepada 9,622.28, Indeks Perladangan naik 63.55 mata kepada 5,674.89, Indeks Perusahaan menambah 27.12 mata kepada 2,613.12 dan Indeks FBMEmas menokok 52.21 mata kepada 7,969.99.

FBM Top 100 melonjak 50.75 mata kepada 7,749.21 tetapi FTSE Bursa Malaysia ACE Index yang baru diperkenalkan jatuh 24.65 mata kepada 4,242.31.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 403 berbanding 299 manakala 215 kaunter tidak berubah dan 311 yang lain tidak diniagakan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.047 bilion saham bernilai RM1.658 bilion daripada 795.195 juta saham bernilai RM1.224 bilion semalam.
Antara kaunter untung utama adalah Nestle yang naik RM1.60 kepada RM33.60, British American Tobacco yang meningkat 70 sen kepada RM48.00 dan Lafarge yang menambah 41 sen kepada RM6.48.

Menerajui kaunter cergas, KNM Group susut dua sen kepada 85.5 sen, Ramunia turun 2.5 sen kepada 58 sen, Kinsteel naik lima sen kepada RM1.05, Lion turun satu sen kepada 47.5 sen dan SAAG Consolidated susut setengah sen kepada 27.5 sen.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada RM956.024 juta saham bernilai RM1.636 bilion daripada 690.531 juta saham bernilai RM1.203 bilion semalam.
Jumlah dagangan Pasaran ACE jatuh kepada 53.826 juta saham bernilai RM9.541 juta daripada 74.924 juta saham bernilai RM12.937 juta.

Waran menambah kepada 31.158 juta unit bernilai RM8.876 juta daripada 23.520 juta unit bernilai RM5.246 juta.

Barangan pengguna menyumbang 45.667 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 297.185 juta, pembinaan 65.763 juta, perdagangan/perkhidmatan 289.179 juta, teknologi 11.650 juta, prasarana 17.936 juta, kewangan 75.637 juta, hotel 1.287 juta, harta 119.63 juta, perladangan 30.427 juta, perlombongan 230,000, REITs 1.324 juta dan dana tertutup 104,600.
- Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers