HARGA minyak mentah dijangkakan meningkat ke paras antara AS$70 hingga AS$90 setong tahun depan berikutan permintaan yang semakin meningkat dari China dan India, kata Ketua Ahli Ekonomi Deutsche Bank Group, Profesor Norbert Walter.
Beliau berkata, faktor lain yang akan merangsang harga komoditi seperti minyak ialah penurunan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) kerana pelabur mempelbagaikan portfolio pelaburan, dan tidak mahu pelaburan mereka terlalu besar dalam mata wang itu. Katanya, sejak lima tahun lalu, telah berlaku pengumpulan aset kewangan dalam dolar AS yang menarik pelabur dari China, Jepun, Russia dan Asia Barat.
Namun, katanya, pelabur kini bimbang dan mereka mahu mempelbagaikannya. “Justeru, dolar AS akan turun kerana ramai tidak mahu terlalu menumpukan pelaburan mereka dalam dolar AS,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.
Walter turut menjangkakan berlaku penurunan di pasaran saham selepas menyaksikan peningkatan sekali ganda sejak Februari lalu. “Peningkatan pasaran saham global sejak kebelakangan ini adalah tidak berdasarkan asas ekonomi,” katanya. Sementara itu, Walter berkata, ekonomi Malaysia yang dijangkakan menguncup dua peratus tahun ini bakal menyaksikan pemulihan kukuh tahun depan.
Deutsche Bank, katanya menjangkakan ekonomi negara ini akan berkembang pada kadar tiga peratus tahun depan. Beliau menegaskan, pemacu utama pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan dijangka datang daripada sokongan negara Asia, terutama China dan India. “Asia mencatatkan prestasi baik.
Jadi ekonomi Malaysia mendapat sokongan daripada hubungan rapat dengan negara rantau ini yang agak kukuh,” katanya. Mengenai ekonomi global, Walter berkata, pertumbuhan dijangkakan menurun tiga peratus tahun ini berikutan penurunan yang belum pernah dilihat sebelum ini dalam aktiviti sebenar dan kewangan.
Bagaimanapun, beliau menjangkakan ekonomi global pulih pada 2011 dengan pertumbuhan 1.5 peratus disokong oleh kekukuhan pasaran baru muncul Asia.
August 7, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com