AGENSI penarafan ketiga terbesar dunia, Fitch Ratings Ltd berkata, bank di Malaysia kekal berdaya tahan dan mampu menyerap sepenuhnya kos jika berlaku kenaikan hutang tidak berbayar (NPL) susulan kegawatan ekonomi global.
Katanya, kemungkinan berlaku pelarasan modal bagi bank Malaysia masih lagi rendah walaupun dalam situasi ekonomi makro mencabar serta beberapa andaian ditetapkan menerusi ujian tekanan yang dijalankannya.
“Walaupun pendapatan bank Malaysia dijangka lebih rendah tahun ini dan tahun depan berbanding tahun lalu, ia adalah mencukupi bagi menampung sepenuhnya kos kredit jika berlaku kenaikan NPL.
“Keupayaan ini bermakna bank Malaysia secara keseluruhannya kekal kukuh,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman webnya. Susulan itu, agensi penarafan itu berkata, ia mengekalkan jangkaan stabil ke atas penarafan kredit institusi perbankan Malaysia.
Katanya, dalam laporan ‘Ujian Tekanan Ke Atas Bank Malaysia’ yang akan disiarkannya tidak lama lagi, agensi penarafan itu mengkaji kedudukan kewangan institusi kewangan di negara ini berdasarkan andaian senario ekonomi terburuk.
“Dalam senario itu, NPL dijangkakan melonjak kepada sekitar 12 peratus menjelang akhir tahun depan daripada kira-kira empat peratus pada akhir tahun lalu yang akan menyaksikan purata kos kredit kira-kira 2.3 peratus daripada pinjaman dalam sistem perbankan.
“Keputusan ujian menunjukkan pendapatan sebelum peruntukan, walaupun mengandaikan tiada pertumbuhan aset dan sebahagian penurunan pendapatan berbanding 2008, adalah mencukupi bagi menyerap kos kredit dalam keadaan tekanan tinggi,” katanya.
Walaupun daya tahan kos kredit bagi sebahagian besar bank di Malaysia adalah pada purata 2.4 peratus daripada pinjaman, daya tahan bagi bank seperti Public Bank Bhd dan Hong Leong Bank Bhd adalah lebih tinggi iaitu tiga peratus, manakala agak rendah bagi EON Bank iaitu 1.8 peratus daripada pinjaman.
Sementara itu, Fitch ratings berkata, walaupun nisbah modal teras Tier-1 Public Bank lebih rendah berbanding kadar purata, keupayaan bank berkenaan serta bank Malaysia yang lain adalah memuaskan bagi membuatkannya memutuskan untuk mengekalkan jangkaan stabil dalam penarafannya.
August 7, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com