August 7, 2009

Pasaran kekalkan kekukuhan

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi semalam berikutan pembelian ke atas saham berwajaran tinggi seperti Maybank dan Bumiputra-Commerce, walaupun kenaikan harga tersekat kerana kejatuhan harga pada kaunter lain seperti Sime Darby dan British American Tobacco.

Ketika ditutup, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) meningkat 4.48 mata kepada 1,183.97 selepas dibuka, turun 0.41 mata kepada 1,179.49. Penganalisis SJ Securities, Phua Kwee Hock, berkata walaupun pasaran mengekalkan kekukuhannya, pelabur boleh bertukar kepada sikap berhati-hati hari ini sebelum pengumuman data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang dijangka, hari ini.

“Kebimbangan sekarang ini ialah perbelanjaan pengguna AS tidak meningkat. “Pengguna di sana masih bimbang ketidaktentuan pengangguran dan simpanan peribadi meningkat berikutan kebimbangan kehilangan pekerjaan,” katanya. Phua berkata, walaupun beliau menjangka pasaran akan mencecah ke paras 1,205 bagi tempoh jangka panjang, ia berkisar sekitar paras 1,175 pada tempoh terdekat.

“Jika pasaran mencecah paras 1,175, ia kemungkinan mencetuskan pembetulan kecil dan mencecah paras 1,154,” katanya. Phua berkata, pasaran tempatan sihat dan pengenalan dana Amanah Saham 1Malaysia memberikan kesan besar ke atas ekuiti untuk tempoh sehingga akhir September tahun ini.

Ketika ditutup, Indeks Kewangan meningkat 93.68 mata kepada 9,708.4,
Indeks Perladangan menokok 13.51 mata kepada 5,773.52, Indeks Perusahaan meningkat 7.57 mata kepada 2,610.91 dan Indeks FBMEmas menokok 55.42 mata kepada 8,204.84. FBM Top 100 menokok 43.16 mata kepada 7,789.05 dan Indeks FBM ACE naik 13.79 mata kepada 4,208.92.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi 524 kepada 186, manakala 203 kaunter tidak berubah dan 314 lain tidak diniagakan. Perolehan keseluruhan melonjak kepada 1.025 bilion saham bernilai RM1.541 bilion daripada 923.999 juta saham bernilai RM1.620 bilion kelmarin. Mendahului kaunter aktif, KNM Group menokok 1.5 sen kepada 85.5 sen, SAAG meningkat 0.5 sen kepada 27.5 sen, Equine Capital meningkat 3.5 sen kepada 57 sen dan Mulpha naik 1.5 sen kepada 55.5 sen.

Antara kaunter berwajaran tinggi, Sime Darby rugi 2.0 sen kepada RM8.31 dan British American Tobacco turun 76 sen kepada RM48. Bagaimanapun, Bumiputra-Commerce dan PPB meningkat 14 sen setiap satu masing-masing kepada RM10.64 dan RM 15.00. Maybank dan MISC menokok 10 sen setiap satu masing-masing kepada RM6.85 dan RM8.90, manakala Tenaga Nasional dan Axiata melonjak 1.0 sen setiap satu masing-masing kepada RM8.15 dan RM2.93.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 926.704 juta saham bernilai RM1.521 bilion daripada 706.975 juta saham bernilai RM1.592 bilion kelmarin. Bagaimanapun, perolehan Pasaran ACE turun kepada 74.909 juta saham bernilai RM12.452 juta daripada 88.208 juta saham bernilai RM15.859 juta sebelumnya.

Waran turut merosot kepada 19.143 juta unit bernilai RM5.346 juta daripada 32.633 juta unit bernilai RM9.706 juta sebelum itu. Produk pengguna mencatatkan 47.715 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan 217.476 juta, pembinaan 92.929 juta, perdagangan/perkhidmatan 287.358 juta, teknologi 24.071 juta, prasarana 15.424 juta, kewangan 96.573 juta, hotel 2.833 juta, hartanah 119.403 juta, perladangan 19.916 juta, perlombongan 76,000, REIT 2.855 juta dan tertutup/dana 72,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers