August 4, 2009

Guocoland rancang projek mewah

GUOCOLAND (Malaysia) Bhd, unit perniagaan Kumpulan Hong Leong, merancang membangunkan beberapa lagi projek hartanah, khususnya kediaman mewah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.7 bilion, di Rawang, Selangor.

Pengarah Eksekutifnya, Chan Chee Meng, berkata projek yang akan dibangunkan secara berperingkat di Emerald Rawang dan membabitkan kawasan seluas 400 hektar itu, dijangka siap sepenuhnya menjelang 2016. “Kami mempunyai beberapa lagi projek hartanah yang hanya menunggu masa untuk dilancarkan.

Antara lain ia membabitkan pembangunan kediaman bercampur, termasuk kediaman mewah dan perniagaan.
“Semua projek ini bakal membabitkan nilai GDV sebanyak RM1.7 bilion dan kami yakin ia bakal memberi kesan besar terhadap keseluruhan pembangunan Emerald Rawang apabila ia siap sepenuhnya menjelang 2016,” katanya pada sidang media selepas sesi lawatan media di Emerald West, semalam.

Emerald Rawang ialah projek usaha sama antara GuocoLand Malaysia dan Hong Bee Land Sdn Bhd, yang mana GuocoLand Malaysia dilantik sebagai pengurus projek Terbahagi kepada dua jenis kawasan, iaitu Emerald East dan Emerald West, Guocoland menawarkan pelbagai jenis pembangunan pegangan bebas yang meliputi kediaman berkelompok, rumah berkembar sehinggalah kediaman banglo mewah.

Hingga kini, 1,300 unit kediaman sudah dibina, 700 unit sudah dijual di Emerald East dengan hasil jualan RM147 juta, sementara 600 unit berjaya dijual di Emerald West membabitkan jualan bernilai RM121 juta. Chan berkata, bagi tempoh antara 2010 hingga 2011, GuocoLand merancang untuk melancarkan beberapa lagi fasa baru bagi Emerald East dengan membabitkan nilai GDV sebanyak RM268 juta.

“Bagi Emerald West, kami merancang projek lebih besar dengan GDV RM1.512 bilion membabitkan rumah berkembar, rumah teres dan hartanah komersial,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers