SEBUAH syarikat swasta yang berpangkalan di Kuala Lumpur berjaya menempa nama sebagai syarikat pembekal lembu dan daging lembu halal untuk seluruh daerah di Medan, Indonesia. Global Livestock Cattle (GLC Corporation Malaysia) berjaya meyakinkan pentadbiran kerajaan di Medan bagi menjadikan daerah terbabit sebuah pusat pemotongan lembu hidup serta pusat pembekalan daging lembu halal untuk seluruh daerah Sumatera Utara.
Syarikat Malaysia yang dimiliki Nordin Abas dan Isa Abdul Rahman, itu juga mempunyai hampir 800 hektar tanah bagi penyimpanan dan ternakan lembu daging di Australia.
GLC Corp Malaysia telah merancang sejak beberapa tahun lalu untuk menjadikan pembekal daging lembu halal untuk seluruh negara Islam.
Ketika ini, keyakinan dan keraguan mula timbul di kalangan umat Islam di Malaysia khususnya dan seluruh dunia mengenai status halal daging lembu yang dibekalkan oleh pembekal luar yang bukan daripada kalangan negara Islam.
Nordin yang juga Pengerusi GLC Corp Malaysia, berkata menjadi tanggungjawab setiap umat Islam seluruh dunia mengembalikan keyakinan terhadap keraguan itu dan pihaknya mengambil cabaran itu setelah mendapatkan beberapa pandangan daripada ulama di Malaysia, Indonesia dan Arab Saudi.
Satu perjanjian usaha sama diadakan Jumaat lalu antara kerajaan tempatan Medan dengan GLC Malaysia dan wakil PT GLC Indonesia (anak syarikat GLC Malaysia) serta beberapa syarikat pembekal daging tempatan. Majlis di Hotel JW Marriot, Medan turut disaksikan Ketua Pengarah Penternakan Jabatan Pertanian Republik Indonesia, Prof Dr Ir Tjeppy D Soejana yang mewakili Menteri Pertanian Indonesia.
Kerajaan Malaysia pula diwakili Setiausaha Politik Menteri Pertanian, Datuk Muhammad Safie Asnawi bagi pihak Datuk Noh Omar. Turut hadir wakil Gabenor Sumatera Utara, Gatot Pujo Nugroho ST. Majlis itu mencatat sejarah kerana buat pertama kali sebuah syarikat swasta luar negara diberikan hak eksklusif menjadi pembekal lembu hidup serta membekalkan daging lembu halal untuk seluruh Sumatera Utara.
Wakil GLC melalui anak syarikatnya PT GLC Indonesia, Evy Susanti SH MBA amat yakin PT GLC Indonesia akan menjadi salah satu pembekal daging halal utama untuk seluruh Indonesia.
August 4, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com