CELCOM (Malaysia) Bhd berharap dapat menambah bilangan pelanggan Xpax Call Me Tone (CMT)nya kepada dua juta menjelang akhir tahun ini berbanding sejuta pelanggan ketika ini menerusi pengenalan kandungan muzik indie.
Dalam usaha menggalakkan muzik itu, Xpax akan menganjurkan kempen undian muat turun Call Me Tone (CMT) melalui Channel X, iaitu ‘Saluran Kandungan Mudah Alih Baru dan Mutakhir’.
Ketika mengumumkan promosi itu di Kuala Lumpur, semalam, Naib Presiden Kanan Pemasaran Celcom, Zalman Zainal, berkata kempen itu menampilkan bakat kumpulan muzik indie tempatan.
“Kempen ini bermula 10 Julai dan berakhir pada 10 Ogos 2009. Ia membolehkan pelanggan CMT mencalonkan kumpulan muzik indie kegemaran mereka di www.channelx.com.my. “Setiap muat turun dikira sebagai satu undi.
Tiga kumpulan muzik terunggul dengan muat turun Call Me Tone terbanyak akan mendapat peluang membuat persembahan pada acara muzik antarabangsa secara langsung yang amat dinanti-nantikan, iaitu MTV World Stage Live in Malaysia 2009,” katanya. Antara kumpulan muzik indie yang bertanding dalam kempen itu ialah Silverfun Superman, O-Two, Pesawat, Rock Star, Yakamashii, Sugar Love Cookies, Bite Me Butterfly, Diary, The Closed, Abstrak Hingga Ke Bulan, Roti Band, Statik dan Angelica.
Zalman menjelaskan, nama tiga kumpulan muzik terunggul akan diumumkan pada 11 Ogos. MTV World Stage Live in Malaysia 2009 akan menampilkan persembahan seperti Hoobastank, Boys Like Girls, Pixie Lott, Raygun, Kasabian, The All American Rejects dan kumpulan Estranged dari Malaysia.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com