MITSUBISHI Motors Malaysia Sdn Bhd akan menjadikan model baru Lancer 2.0 GT dan Grandis 2.4 yang dipertingkatkan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan jualan syarikat itu, tahun ini.
Ketua Eksekutifnya, Keizo Ono, berkata syarikat mensasarkan jualan sebanyak 150 unit sebulan bagi model Lancer 2.0 GT dan 60 unit sebulan untuk model Grandis 2.4, mencerminkan kepentingan kedua-dua model berkenaan kepada jualan syarikat. Katanya, jualan keseluruhan kenderaan Mitsubishi di Malaysia tidak terjejas sepanjang tahun ini, walaupun persekitaran yang mencabar bagi industri permotoran tempatan.
Tahun lalu, Mitsubishi Malaysia merekodkan jualan 7,318 unit kenderaan yang merangkumi pelbagai model seperti Lancer, Lancer Evolution, Grandis, Triton dan Pajero Sport. “Menerusi pelancaran model Lancer 2.0 GT dan Grandis 2.4 yang dipertingkatkan, kami yakin jualan kenderaan Mitsubishi di Malaysia bertambah baik tahun ini berbanding tahun lalu,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran kedua-dua model baru dipertingkatkan itu di Subang, baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Mitsubishi Malaysia, Omar Haron.
Ono berkata, Mitsubishi Malaysia akan membuka 10 lagi pusat servis, jualan dan alat ganti (3S) di seluruh negara sehingga akhir Mac 2010 bagi menampung peningkatan permintaan terhadap kenderaan keluarannya. Katanya, ini adalah sebahagian daripada rancangan pengembangan syarikat dalam usaha untuk mengukuhkan kehadirannya dalam industri permotoran di Malaysia.
“Komitmen kami bukan hanya menawarkan kenderaan berkualiti kepada rakyat negara ini, tetapi turut melengkapkannya dengan mutu perkhidmatan selepas jualan yang tinggi kepada pelanggan,” katanya. Mitsubishi Malaysia baru-baru ini membuka tiga pusat 3S baru, masing-masing di Alor Setar, Miri dan Kuching.
Syarikat itu kini mempunyai 33 pusat jualan dan 44 pusat servis di seluruh negara. Mengenai model baru Lancer 2.0 GT yang dipertingkatkan, Ono berkata ia didatangkan dengan reka bentuk hadapan yang lebih ‘sporty’ dengan sasaran kepada golongan muda. Sementara itu, katanya, model Grandis 2.4 yang dipertingkatkan menampilkan kit badan yang baru dengan saiz bamper depan dan belakang yang lebih besar berbanding model terdahulu.
Model Lancer 2.0 GT dijual pada harga RM120,598.10 tanpa insurans dan didatangkan dalam tiga warna iaitu Putih, Hitam dan Merah Metalik. Model Grandis 2.4 pula dijual pada harga RM160,557.80 tanpa insurans dengan empat pilihan warna iaitu Putih Mutiara, Hitam, Perak dan Kelabu
August 10, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com