BANK di Amerika Syarikat (AS) melaporkan pendapatan suku kedua 2009 yang kukuh di tengah-tengah krisis ekonomi global sekarang, walaupun masih banyak bank terutama yang bersaiz lebih kecil berada dalam tahap kawalan yang ketat, kata pakar.
Ketika musim pengumuman keputusan kewangan untuk tempoh April hingga Jun, wujud perbezaan ketara antara institusi kewangan besar milik kerajaan, yang dilindungi selepas melihat kemusnahan bank pesaing mereka Lehman Brothers dalam kegawatan kewangan, dengan bank serantau lain yang kebanyakannya masih dalam kerugian.
Empat kumpulan perbankan yang sudah bangkit daripada kemusnahan sistem kewangan AS dan mencatatkan keuntungan yang besar ialah JPMorgan Chase dengan keuntungan berjumlah AS$2.7 bilion dan Bank of America & Wells Fargo (AS$3.2 bilion).
Malah, bank yang menerima kesan paling teruk iaitu Citigroup mencatatkan keuntungan AS$4.3 bilion. “Keputusan ini datangnya daripada bahagian bank pelaburan dan bukannya daripada bahagian pinjaman komersial, yang mana ia adalah keadaan getir bagi kegiatan ekonomi,” kata Cesare de Novellis, seorang penganalisis di Meeschaert New York. Keuntungan itu, katanya, berpunca daripada pemulihan dalam pasaran ekuiti dan bon.
Bank pelaburan Goldman Sachs, yang mana kegiatan umumnya adalah terhad, menyaksikan keuntungan suku tahunannya meningkat 65 peratus daripada setahun lalu kepada AS$3.4 bilion.
Citigroup, yang diselamatkan oleh Kerajaan Persekutuan dengan menggunakan wang pembayar cukai berjumlah AS$45 bilion, dan Merrill Lynch, yang bersetuju dengan skim jaminan kerajaan bagi pengambilalihan oleh Bank of America untuk mengelakkan daripada bankrap, telah mencari jalan untuk membayar bonus berjumlah AS$5.33 bilion bagi tahun lalu, demikian mengikut laporan terbaru Pejabat Peguam Negara New York.
Selepas pelabur Citigroup mendesak bank itu membayarnya bonus AS$100 juta tahun ini, Dewan Perwakilan AS meluluskan pendekatan untuk mengehadkan pembayaran pampasan kepada eksekutif di syarikat besar yang diselamatkan oleh kerajaan. Bank lebih kecil pula, seperti KeyCorp dan SunTrust, mencatatkan kerugian pada suku kedua.
“Bank serantau, termasuk yang lebih kecil, mempunyai portfolio kepelbagaian yang lebih rendah berbanding bank lebih besar dan cenderung untuk menjadi lebih rapuh kepada keadaan ekonomi setempat dan serantau,” kata Charles Geisst, Profesor Kewangan di Manhattan College. - AFP
August 10, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com