August 10, 2009

Tekun mula agih dana tambahan RM150 juta

TEKUN Nasional (Tekun) kini mula mengagihkan dana tambahan berjumlah RM150 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam 11 hadiah kepada rakyat awal lalu, kepada kira-kira 8,000 usahawan kecil dan sederhana di seluruh negara.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahim Hassan, berkata menerusi dana tambahan itu, lebih separuh daripada 15,000 pemohon pinjaman Tekun yang masih dalam pertimbangan tahun ini, akan memperoleh manfaat dengan segera selaras komitmen Tekun untuk mempercepatkan serta memudahkan pinjaman usahawan yang memerlukan.

Katanya, dana berkenaan akan diuruskan secara berhemah dan disalurkan berdasarkan keutamaan, khusus kepada usahawan kecil yang dikenal pasti lebih memerlukan peruntukan itu.
Beliau berkata, sehingga 30 Jun lalu, Tekun masih mempunyai 15,000 permohonan dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pinjaman, yang mana 60 hingga 70 peratus daripadanya adalah usahawan kecil yang memerlukan pinjaman antara RM5,000 hingga RM10,000.

“Namun, dana tambahan ini masih tidak mencukupi untuk disalurkan kepada semua pemohon kerana jumlah permohonan yang masih menunggu kelulusan pinjaman Tekun tahun ini adalah bernilai RM320 juta,” katanya ketika dihubungi Berita Harian. Najib yang menyambut 100 hari sebagai Perdana Menteri pada 11 Julai lalu, mengumumkan 11 hadiah kepada rakyat, termasuk peruntukan tambahan untuk skim Tekun Nasional berjumlah RM150 juta.

Sehingga 30 Jun 2009, Tekun sudah meluluskan pinjaman bernilai RM215 juta kepada kira-kira 10,000 peminjam. Jumlah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan pinjaman yang disalurkan Tekun iaitu sebanyak RM1.35 bilion sejak 1999.

Abdul Rahim menambah, walaupun timbul pelbagai rungutan berhubung kelewatan Tekun meluluskan pinjaman, masalah itu dijangka berterusan sekiranya peminjam masih ‘liat’ untuk membayar kembali pinjaman mereka yang sepatutnya digunakan untuk kegunaan peminjam lain.

Katanya, kerajaan menyalurkan peruntukan sebanyak RM450 juta kepada Tekun di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), namun sehingga kini jumlah pinjaman yang diluluskan untuk usahawan sudah mencecah RM700 juta.

“Sebahagian daripada RM700 juta itu ditampung daripada bayaran balik peminjam yang kami
gunakan semula untuk menyalurkan pinjaman kepada usahawan lain yang memerlukannya. “Ia sepatutnya menjadi platform kepada usahawan untuk memperoleh bantuan wang segera dan mengelakkan gejala along.

Namun, sekiranya peminjam tidak membayar balik pinjaman mereka, maka pusingan dana ini akan terhenti sekali gus menyebabkan kami tidak dapat menyalurkan pinjaman kerana ketiadaan dana,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers