August 5, 2009

Bajet 2010: Cukai belum pasti dikurangkan

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Kerajaan belum membuat sebarang keputusan untuk mengurangkan cukai-cukai tertentu dalam Bajet 2010 yang bakal dibentangkan Oktober ini.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, keputusan tersebut akan hanya dibuat selepas kerajaan selesai mengadakan fokus bajet.

Katanya, kerajaan akan mengadakan fokus bajet dengan 18 kumpulan serta meneliti 68 memorandum.
Setakat ini, kerajaan telah berjumpa dengan enam kumpulan dan dijangka fokus tersebut selesai akhir bulan ini, kata beliau.

''Selepas selesai nanti barulah kita teliti semuanya sebelum membuat sebarang pertimbangan,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan 2009 di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga akan mengurangkan perbelanjaan operasi dalam Bajet 2010 kerana mengambil kira pendapatan negara pada tahun depan yang diunjur lebih rendah daripada 2009.

''Setiap kali bajet, kerajaan akan menentukan perbelanjaan operasi dan pembangunan.
''Kita akan menyemak semula perbelanjaan yang terlibat tetapi melihat keadaan ekonomi semasa kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan operasi,'' menurut beliau.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 49,421 projek bernilai RM5.7 bilion sedang dilaksanakan di bawah pelan rangsangan ekonomi.
Manakala sejumlah 26,224 projek di bawah pelan rangsangan ekonomi kedua bernilai RM6.4 bilion juga sedang dilaksanakan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers