KUALA LUMPUR 9 Ogos - Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka rendah minggu ini dengan pelabur mungkin melakukan aktiviti pengambilan untung selepas aliran harga meningkat sejak beberapa minggu lepas, kata seorang penganalisis.
"Pelabur tempatan mungkin memasuki semula pasaran sebaik pemangkin pasaran muncul," katanya.Penganalisis itu berkata, salah satu faktor yang boleh menjejaskan keputusan pelabur minggu ini ialah hasil laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) bagi bulan Julai.
Laporan itu yang dikeluarkan pada Jumaat, menunjukkan bukti kukuh bahawa ekonomi terbesar dunia itu sudah pulih.Mengenai unjuran teknikal, penganalisis itu berkata, ketahanan teknikal yang menghampiri paras 1,200 diperlukan oleh pelabur untuk mencapai paras sasaran yang tinggi.
Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran menyaksikan pengenalan Indeks FTSE Bursa Malaysia ACE pada Isnin berikutan perubahan dalam Pasaran MESDAQ, sebagai pasaran alternatif bagi syarikat baharu pelbagai saiz dan sektor. Ia kini dikenali sebagai Pasaran ACE.
Papan Utama dan Papan Kedua juga bergabung menjadi papan bersepadu bagi syarikat yang sudah kukuh dan ia kini dikenali sebagai Papan Utama.
Pada minggu baru berlalu, sentimen pasaran tempatan kukuh dengan jangkaan bahawa kelembapan ekonomi dunia yang diketuai oleh Amerika Syarikat sudah sampai ke penghujung.
Presiden Barack Obama berkata, AS mungkin menyaksikan 'permulaan baharu' pada akhir kemelesetan memandangkan angka mereka yang kehilangan pekerjaan adalah separuh daripada kadar awal tahun ini.
Kenyataan itu mendorong Indeks Komposit FBM Kuala Lumpur (FBM KLCI) meningkat 9.98 mata untuk menutup minggu lalu pada 1,184.88, walaupun pasaran sedikit terjejas menjelang pengumuman laporan pekerjaan di AS.
Indeks Kewangan meningkat 133.80 untuk ditutup pada 9,689.03, Indeks Perladangan menokok 141.88 mata kepada 5,751.48 dan Indeks Perusahaan menambah 34.87 mata kepada 2,610.85.Indeks FBM Emas menokok 101.20 mata kepada 8,020.99, Indeks FBM Top 100 menambah 83.70 mata kepada 7,789.75 dan Indeks FBM ACE yang baharu diperkenal menutup minggu lalu pada 4,244.55.
Jumlah dagangan minggu lalu berkurangan kepada 4.801 bilion saham bernilai RM7.702 bilion berbanding 5.457 bilion saham bernilai RM8.236 bilion minggu sebelumnya.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama sebanyak 4.197 bilion unit bernilai RM7.572 bilion manakala jumlah dagangan di Pasaran ACE sebanyak 410.409 juta unit bernilai RM75.145 juta.
Jumlah dagangan waran susut kepada 167.581 juta unit bernilai RM42.159 juta berbanding 195.933 juta unit bernilai RM40.220 juta minggu lepas. - BERNAMA
August 10, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com