KUALA LUMPUR 9 Ogos – Kaji selidik Nielsen Company mendapati jualan pengiklanan di radio mencatatkan pertumbuhan sebanyak 9.2 peratus pada suku pertama tahun ini.Presiden Commercial Radio Malaysia (CRM), Datuk Borhanuddin Osman berkata, jumlah itu mewakili penguasaan pasaran sebanyak 5.7 peratus dalam tempoh berkenaan.
‘‘Siaran televisyen yang disiarkan secara percuma hanya mencatatkan pertumbuhan hasil daripada pengiklanan sebanyak 3.7 peratus,’’ kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.
Kaji selidik itu yang dikenali sebagai Pengukur Pendengar Radio (RAM) dilakukan oleh Neilsen dua kali setahun dan ia menganalisis demografi, kegemaran pendengar dan penggunaan produk oleh masyarakat di Semenanjung.
Borhanuddin berkata, penyiaran radio komersial telah meningkat dalam tempoh sedekad dan terus mengetengahkan program-program baru bagi menarik minat pendengar.
Menurut beliau, kaji selidik itu turut mendapati siaran radio mampu menarik minat 1.97 juta orang untuk mendengarnya dalam slot masa 15 minit bagi tempoh sehari.
Tambah beliau, Malaysia merupakan negara di Asia Pasifik tertinggi mempunyai pendengar radio dengan jumlah masa yang diluangkan adalah 22 jam dalam seminggu diikuti oleh Indonesia dengan 21 jam.
‘‘Kebanyakan masyarakat hari ini mendengar radio ketika berkomunikasi atau semasa waktu rehat di pejabat. Mendengar radio telah menjadi cara hidup masyarakat Malaysia,’’ katanya.
Katanya, AMP Radio Network terus kekal sebagai pendahulu bagi siaran radio berbahasa Melayu dengan gabungan pendengar radio ERA dan Sinar seramai 7.8 juta orang.
Tambahnya, bagi siaran radio berbahasa Cina pula, MY FM mencatatkan pendengar tertinggi sebanyak 2.17 juta orang diikuti siaran 998 (1.5 juta orang) manakala pendatang baru one FM mencatatkan 270,000 pendengar seminggu.
Menurutnya lagi, bagi radio berbahasa Inggeris, hitz.fm pendengarnya berjumlah 1.29 juta pendengar diikuti Fly FM seramai 800,000 orang dalam seminggu.‘‘Pertumbuhan radio daripada aspek jumlah pendengar dan pengiklanan membuktikan bahawa pemasaran dan inovasi program membantu menyemai keseronokan baru bagi media tradisional,’’ katanya.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com