KUALA LUMPUR 9 Ogos - Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) berhasrat menggalakkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dengan negara Selatan-Selatan.
Semasa program suai kenal bagi pegawai-pegawai Agensi Galakan Pelaburan negara-negara Selatan-Selatan di sini, Timbalan Ketua Pengarah MIDA, Datuk Afifuddin Abdul Kadir berkata, peserta akan berpeluang berkongsi pengalaman Malaysia dalam pembangunan industri sejak empat dekad lalu.
Mereka juga akan mengetahui tentang usaha-usaha MIDA untuk menggalakkan pelaburan asing dan domestik. "Sejak 1994, seramai 661 peserta dari 82 negara telah menghadiri program ini. Tahun ini merupakan tahun ke-16 berturut-turut MIDA menganjurkan program ini," katanya semasa pelancaran acara itu di sini baru-baru ini.
Bagi tahun ini, 26 peserta yang mewakili 10 negara telah dipilih bagi program itu, termasuk 13 peserta dari Sri Lanka sahaja.Ada juga peserta dari Senegal, Vanuatu, Qatar, Kenya, Botswana, Namibia, Bangladesh, Fiji dan Seychelles.
Dagangan Malaysia dengan negara-negara Selatan-Selatan meningkat dengan ketara daripada RM505.5 juta pada 2007 kepada RM567 juta tahun lepas. Bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, nilai dagangan dengan negara-negara Selatan-Selatan berjumlah RM203.18 juta.
Eksport Malaysia ke negara-negara Selatan-Selatan dalam enam bulan pertama berjumlah RM112.4 juta manakala import berjumlah RM90.8 juta.
Eksport utama dalam tempoh tersebut ialah keluaran elektrik dan elektronik, minyak sawit, kimia dan keluaran kimia, petroleum mentah dan produk petroleum bertapis.
Sementara itu, import utama dari negara-negara Selatan-Selatan ialah keluaran elektrik dan elektronik, petroleum mentah, kimia dan keluaran kimia, jentera, barangan elektrik dan alat ganti, serta keluaran petroleum bertapis. - BERNAMA
August 10, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com