August 5, 2009

Boleh bayar cukai secara ansuran

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bersedia menimbang permintaan mana-mana pembayar cukai membayar secara ansuran berikutan kegawatan ekonomi global yang menjejaskan kewangan mereka.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hasmah Abdullah berkata, pihaknya sentiasa bersedia mendengar dan menimbang masalah yang dihadapi oleh pembayar cukai di negara ini.
"LHDN memahami terdapat keperluan untuk menolong dan mengurangkan beban para pembayar cukai yang turut terkena tempias krisis ekonomi.

"Bagaimanapun sebagai agensi yang diamanahkan oleh kerajaan untuk memungut cukai, LHDN bertanggungjawab memastikan semua jenis cukai termasuk tunggakan dijelaskan pada tempoh yang ditetapkan dalam apa jua keadaan sekalipun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian persidangan Cukai Kebangsaan 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.
Persidangan bertemakan 'Menempuh Cabaran, Merebut Peluang' anjuran bersama LHDN dan Institut Percukaian Malaysia (CTIM) itu berlangsung selama dua hari.

Menurut Hasmah, pihaknya yakin kerajaan melakukan yang terbaik untuk menolong rakyat termasuk menyediakan insentif secukupnya kepada mereka.
"Kami menyokong penuh usaha kerajaan mengukuh dan memulihkan ekonomi negara seperti memperkenalkan dua pakej rangsangan ekonomi serta membuat beberapa perubahan dalam Akta Cukai Pendapatan untuk mengurangkan beban rakyat," katanya.

Tambahnya, pemulihan dan pembangunan ekonomi negara yang mapan membolehkan LHDN meraih pungutan cukai yang tinggi untuk meningkatkan pendapatan negara.
"Ini secara tidak langsung membolehkan kerajaan melaksanakan lebih banyak projek pembangunan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

"Cabaran besar pihak kami adalah membantu kerajaan merangka polisi-polisi yang bukan sahaja menolong para perniaga menempuh cabaran ekonomi semasa, tetapi juga menjadikan mereka lebih bersedia merebut peluang perniagaan apabila ekonomi kembali pulih," katanya.

Sementara itu, LHDN dalam kenyataannya memaklumkan bahawa penggunaan setem hasil reka bentuk lama telah ditamatkan pada 31 Julai 2009.
Sehubungan itu, orang awam dibenarkan untuk menukarnya kepada yang baru bermula 1 Ogos 2009 sehingga 31 Disember 2009.

Penukaran boleh dibuat di mana-mana cawangan atau Pusat Khidmat Hasil LHDNM dengan mengisi borang permohonan penukaran dalam empat salinan.
Dua salinan kad pengenalan diperlukan semasa mengemukakan borang permohonan dan proses penukaran akan mengambil masa 60 hari dari tarikh permohonan diterima.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers