BEKAS Pengerusi Eksekutif PriceWaterhouseCoopers, Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda dilantik sebagai Pengerusi Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas), manakala Abdul Rahman Ahmad pula dilantik sebagai Ketua Eksekutif dan Pengarah institusi pelaburan ekuiti swasta yang baru ditubuhkan itu.
Abdul Rahman akan melepaskan jawatan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif Media Prima Bhd bagi menjawat jawatan baru berkenaan yang berkuat kuasa 1 September ini.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan semalam, berkata ahli lembaga pengarah Ekuinas yang lain adalah Ketua Eksekutif Symphony House Bhd dan bekas Pengarah Urusan Pengurusan Danaharta Nasional Bhd, Datuk Azman Yahya.
Pengerusi dan Ketua Eksekutif Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa (ISIS), Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Datuk Noriyah Ahmad, turut dilantik sebagai ahli lembaga pengarahnya.
Penubuhan Ekuinas diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 Jun lalu sebagai satu langkah untuk mening-
katkan daya saing ekonomi negara dan pada masa sama mengekalkan komitmen kerajaan terhadap usaha menggalakkan penyertaan Bumiputera secara mapan, berkesan dan bermakna melalui prinsip perkongsian tulen dan meritokrasi dalam bidang ekonomi.
Kenyataan itu menambah, Ekuinas akan menguruskan dana permulaan sebanyak RM500 juta yang kemudian diperluaskan sehingga kepada RM10 bilion. “Ia akan diuruskan secara komersial, yang mana pelaburan akan ditumpukan kepada syarikat tempatan yang berdaya maju dan berpotensi tinggi serta akan memberi tumpuan terhadap usaha menarik dan membangunkan modal insan berkeupayaan tinggi bagi pengurusan syarikat berkenaan,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, Ekuinas akan turut bekerjasama dengan firma ekuiti swasta dan mengguna pakai tatacara amalan terbaik firma ekuiti swasta bertaraf global.
“Seperti juga Permodalan Nasional Bhd (PNB), Ekuinas akan ditubuhkan di bawah sebuah badan amanah iaitu Yayasan Ekuiti Nasional,” katanya.
Katanya, badan amanah itu akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan pemegang amanah yang lain termasuk Timbalan Perdana Menteri, menteri kanan dan pegawai kerajaan. Kenyataan itu menyebut Najib sebagai berkata: “Ekuinas akan diterajui oleh profesional yang berkeupayaan dan berpengalaman tinggi dengan reputasi integriti yang baik.
“Saya yakin Ekuinas akan dibangunkan dan mencapai objektif yang ditetapkan dengan jayanya. Buat masa ini, Lembaga Pengarah Ekuinas sedang memuktamadkan struktur pelaburan dan operasi dengan hasrat mengumumkan rangka awal Ekuinas pada akhir Ogos 2009.” - Bernama
August 4, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com