August 6, 2009

Sentimen pasaran tidak berubah

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup lebih rendah semalam dengan keuntungan dikekang oleh aktiviti pengambilan untung yang sederhana, didahului oleh saham berwajaran tinggi. Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) ditutup pada 1,179.49, turun 0.39 mata selepas dibuka 2.01 mata lebih tinggi pada 1,181.89 pagi semalam.

Peniaga berkata, minat kebanyakannya tertumpu kepada saham perladangan dengan jangkaan pendapatan yang lebih menggalakkan ekoran pemulihan dalam permintaan global minyak sawit mentah (MSM).

Harga komoditi turut mencapai paras tinggi tujuh minggu semalam, mengambil petunjuk daripada harga minyak mentah yang mencecah paras tinggi baru setakat tahun ini iaitu pada AS$74 setong, kelmarin. Indeks Perladangan mengukuh 85.12 mata kepada 5,760.01, tetapi Indeks Kewangan susut 7.56 mata kepada 9,614.72, Indeks Perindustrian merosot 9.90 mata kepada 2,603.34. Indeks FBMEmas lega 0.57 mata kepada 7,969.42, Indeks FBM Top 100 berkurangan 3.32 mata kepada 7,745.89 dan Indeks ACE FTSE Bursa Malaysia yang baru diperkenalkan merosot 47.18 mata kepada 4,240.22.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan 351 berbalas 315 sementara 234 kaunter tidak berubah, 351 yang lain tidak diniagakan dan 59 digantung urus niaga. Jumlah dagangan ialah 923.999 juta saham bernilai RM1.620 bilion, berkurangan daripada 1.047 bilion saham bernilai RM1.658 bilion kelmarin.

Peniaga berkata, sentimen keseluruhan kekal tidak berubah dengan saham AS meningkat Selasa lalu dengan Indeks Perindustrian Dow Jones dan Standard & Poor's 500 ditutup pada paras tinggi sembilan bulan. Mereka berkata, paras halangan serta-merta untuk FBM KLCI kini sepatutnya pada 1,187 mata, diikuti dengan paras psikologi 1,200 mata.

Mendahului saham aktif, KNM Group susut 1.5 sen kepada 84.0 sen, Kannaltec lega dua sen kepada 14 sen, IOI Corp menambah 17 sen kepada RM5.15, SAAG Consolidated turun setengah sen kepada 27 sen dan Jotech Holdings kekal pada 9.5 sen. Di kalangan saham berwajaran tinggi yang membawa turun pasaran ialah Sime Darby yang lega empat sen kepada RM8.33, Maybank turut tiga sen kepada RM6.75, Bumiputra-Commerce merosot 14 sen kepada RM10.50 dan Axiata Group lebih rendah satu sen kepada RM2.92.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada RM706.975 juta saham bernilai RM1.592 bilion daripada 956.024 juta saham bernilai RM1.636 bilion kelmarin. Jumlah dagangan Pasaran ACE pula menokok kepada 88.208 juta saham bernilai RM15.859 juta daripada 53.826 juta saham bernilai RM9.541 juta. Waran mengukuh kepada 32.633 juta unit bernilai RM9.706 juta daripada 31.158 juta unit bernilai RM8.786 juta.

Produk pengguna menguasai 32.935 juta yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 197.048 juta, pembinaan 73.332 juta, urus niaga/perkhidmatan 239.267 juta, teknologi 16.379 juta, infrastruktur 13.829 juta, kewangan 63.056 juta, perhotelan 11.603 juta, hartanah 101.111 juta, perladangan 45.450 juta, perlombongan 139,000,REITs 2.647 juta dan dana tertutup 174,300. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers