PERMODALAN Nasional Bhd (PNB) sedang pada peringkat akhir penyusunan operasi hartanahnya yang akan dibahagikan kepada unit yang bakal mempunyai tumpuan lebih jelas mengenai hala tuju perniagaan masing-masing.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata pengumuman mengenai struktur baru itu akan dibuat tidak lama lagi. Empat unit itu Island & Peninsular Sdn Bhd (I&P), PNB Commercial Sdn Bhd, PNB Development Sdn Bhd dan PNB Investment Sdn Bhd.
Penyusunan itu dibuat susulan cadangan PNB untuk menggabungkan ketiga-tiga syarikat pelaburan hartanahnya, iaitu I&P, Pelangi Bhd serta Petaling Garden Bhd yang sebelum ini adalah syarikat senaraian awam, “Kami belum membuat pengumuman rasmi mengenai perkara ini kerana masih ada beberapa kelulusan yang perlu diperoleh.
Namun, langkah yang diambil adalah untuk meningkatkan kecekapan setiap cabang pernia-gaan dan meningkatkan nilai pemegang saham. “Jika sebelum ini ketiga-tiga anak syarikat yang digabungkan itu memiliki banyak cabang perniagaan, tetapi selepas penyusunan itu, setiap segmen diasingkan untuk dikendalikan entiti yang baru ditubuhkan mengikut tumpuan masing-masing,” katanya ketika ditemui minggu lalu.
Hamad Kama Piah menambah, penyusunan itu tidak akan merubah dengan ketara perniagaan sedia ada, sebaliknya hanya membabitkan beberapa perubahan dan kemasukan, termasuk lembaga pengarah dan pengurusan kanan syarikat terbabit.
Beliau memberi contoh, menerusi penyusunan itu semua projek pembangunan hartanah akan diambilalih oleh I&P, pengurusan bangunan komersial oleh PNB Commercial, manakala pengurusan tanah untuk projek pembangunan masa depan akan diuruskan oleh PNB Development.
Daripada ketiga-tiga syarikat hartanah pelaburan PNB itu, I&P adalah yang terbesar dengan projek di Bandar Kinrara, Puchong, Taman Setiawangsa, Taman Inderawasih dan Desa Mutiara di Pulau Pinang. Pelangi pula adalah syarikat pemaju hartanah kediaman dan komersial di Johor, manakala Petaling Garden pula adalah pemaju di Petaling Jaya.
August 3, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com