August 7, 2009

670 permohonan Program Siswazah Perantis dilulus

PERBADANAN Usahawan Nasional Bhd (PUNB) sudah meluluskan 670 permohonan di bawah Program Siswazah Perantis PUNB, iaitu program latihan sangkut yang dimulakan Mei lalu bertujuan menggalakkan penyertaan siswazah dalam bidang peruncitan dan pengedaran, pada masa sama mengurangkan pengangguran.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Mohd Nasir Ahmad, berkata pihak PUNB menyasar melatih 2,000 siswazah di bawah program itu menjelang akhir tahun depan dan mereka ditempatkan di syarikat naungan PUNB bagi menjalani latihan keusahawanan. Setakat ini, katanya 533 siswazah diterima masuk menyertai program itu dengan 399 memulakan latihan sangkut di bawah seliaan lebih 150 syarikat dan usahawan PUNB.

“Melalui program ini, siswazah berpeluang mempelajari serta memahami kaedah menguruskan perniagaan dengan lebih baik dan memberi keyakinan kepada mereka untuk memulakan perniagaan sendiri. “Apabila tamat latihan, kami berharap mereka akan berminat menjalankan perniagaan dan mendapatkan pembiayaan di bawah skim Prosper Siswazah PUNB yang diperkenalkan sejak 2005,” katanya pada sidang media selepas memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Kuala Lumpur, semalam.

Di bawah MoU itu, PUNB dan UniKL akan mewujudkan pelbagai program bagi memperkasa usahawan Bumiputera termasuk latihan, usaha sama penyelidikan, khidmat nasihat dan pembangunan usahawan muda.

Pada majlis itu, Mohd Nasir mewakili PUNB, manakala UniKL oleh Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Prof Datuk Dr Abdul Hakim Juri. Mohd Nasir berkata, siswazah yang memiliki sekurang-kurangnya sijil kemahiran tahap 2 dan berusia tidak melebihi 30 tahun layak menyertai program berkenaan.

Katanya, tempoh latihan bergantung kepada bidang perniagaan ditawarkan iaitu automotif, telekomunikasi, pendidikan, perkhidmatan profesional, kosmetik, farmasi dan restoran. “Sepanjang tempoh latihan, siswazah akan dibayar elaun sara diri, iaitu RM800 sebulan bagi tiga bulan pertama dan RM1,000 bagi bulan berikutnya,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nasir berkata, PUNB membangunkan 1,583 perniagaan di bawah skim Prosper Runcit dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM259 juta sejak ia diperkenalkan pada 2000. Beliau berkata, skim Prosper Siswazah yang diwujudkan pada 2005 pula sudah melahirkan 348 usahawan siswazah dengan pembiayaan sebanyak RM13.3 juta.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers