August 7, 2009

Bank Pembangunan lantik Presiden, Pengarah Urusan baru

BANK Pembangunan Malaysia Bhd semalam mengumumkan pelantikan Zafer Hashim sebagai Presiden/Pengarah Urusan kumpulan bank itu berkuat kuasa 5 Ogos 2009. Beliau pernah berkhidmat di Maybank Investment Bank Bhd dan Bank Muamalat Malaysia Bhd sebagai Ketua Pegawai Kewangan. Sebelum menyertai Bank Muamalat, Zafer pernah berkhidmat di MMC Corporation Bhd sebagai Pengurus Besar.

Zafer yang berkelulusan Sarjana Muda Sains dalam bidang Ekonomi dan Matematik dari London School of Economics and Political Science, memulakan karier dengan Price Waterhouse di London. Beliau berpengalaman lebih 15 tahun dalam operasi perbankan, pengurusan korporat, kewangan korporat, pengurusan risiko, perbendaharaan dan audit.

Kumpulan Bank Pembangunan adalah penyedia pembiayaan jangka sederhana dan panjang kepada industri bermodal intensif, termasuk projek infrastruktur, maritim dan teknologi tinggi.
Dengan nilai aset terkumpul melebihi RM25.6 bilion, bank itu berupaya memenuhi keperluan pembiayaan dan pembangunan perniagaan usahawan Malaysia dalam sektor keutamaan daripada permulaan hingga pengembangan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers