PENERBANGAN Malaysia (MAS) mencatatkan keuntungan bersih RM876 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun lalu, iaitu untung sukuan tertinggi dalam sejarah penubuhannya.
Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Idris Jala, berkata, keuntungan yang diraih pada suku kedua itu menampung kerugian RM695 juta yang dialami pada suku pertama, sekali gus membolehkan MAS mencatatkan keuntungan bersih RM181 juta bagi tempoh separuh pertama tahun ini.
Beliau menjelaskan, syarikat penerbangan kebangsaan itu meraih keuntungan lindung nilai RM1.3 bilion susulan penurunan harga minyak sejak 31 Mac lalu, berbanding kerugian RM640 juta pada suku pertama.
“MAS juga berjaya meningkatkan faktor muatan sehingga 66 peratus pada suku kedua, meningkat 10 peratus berbanding 56 peratus pada suku pertama hasil kempen jualan agresif yang dilaksanakan sejak awal tahun,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan kewangan itu di Kelana Jaya, semalam.
Sebagai tindak balas terhadap peningkatan permintaan dengan faktor muatan penerbangan domestik meningkat sehingga 69 peratus, Idris berkata, MAS telah menaikkan kapasiti penerbangannya sebanyak enam peratus menerusi pertambahan jumlah pesawat bagi sektor penerbangan dalam negara.
Katanya, MAS turut mencatatkan peningkatan faktor muatan segmen penerbangan antarabangsa sebanyak 11 peratus kepada 65 peratus berbanding 56 peratus pada suku pertama.
Idris berkata, unjuran tempahan tiket pada separuh kedua tahun ini dijangka memberangsangkan dan dengan faktor yang dijangkakan terus meningkat, MAS kini boleh menumpukan kepada usaha meningkatkan hasil.
MAS telah mengadakan kempen jualan agresif dengan menawarkan sembilan pilihan promosi tambang menerusi kempennya seperti Everyday Low Fares, Weekend Specials, Malaysian Airline Travel Fair dan MAS Stimulus Package merangkumi semua kelas penerbangan. Hasil daripada kempen itu, jualan tiket di internet menerusi laman webnya, www.malaysiaairlines.com meningkat 82 peratus kepada RM272 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Susulan peningkatan permintaan itu, Idris berkata, pihaknya akan terus meningkatkan aktiviti promosi secara agresif dengan tambahan 15 lagi kempen jualan untuk pasaran domestik dan 30 lagi di peringkat antarabangsa.
Katanya bagi menampung jangkaan pertumbuhan bilangan penumpang, MAS akan menambahkan kekerapan penerbangan ke ibu kota utama Asean, Asia Selatan, China dan menawarkan lebih banyak penerbangan ke destinasi tertentu di Australia.
Di Asia Barat, katanya, syarikat penerbangan kebangsaan itu mensasarkan mengembangkan perkhidmatannya ke sekurang-kurangnya tiga destinasi baru. Berdasarkan situasi terkini, Idris berkata, MAS yakin mampu mengekalkan keuntungan bagi seluruh tahun ini
August 7, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music



Create a playlist at MixPod.com